Istikharah dalam Kehidupan

Hanya pada-Mu aku memohon Ya Allah, Aku memohon akan Engkau memilihkan yang mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Aku memohon Engkau memberikan kepastian dengan ketentuan-Mu dan aku memohon dengan kemurahan Engkau yang Agung, kerana sesungguhnya Tuhan yang Berkuasa, sedang aku tidak tahu dan Tuhanlah yang Amat Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah, jika Engkau mengetahui persoalan ini baik bagiku dalam keagamaan dan penghidupanku dan baik pula bagiku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan bagiku di dalamnnya. Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripada ku, dan jauhkanlah aku daripadanya. Berikanlah kebaikan di mana sahaja aku berada kemudian jadikanlah aku orang yang mula rela atas anugerah-Mu. Semua org tahu kan solat Istikharah ni dilakukan untuk memohon petunjuk Allah agar kita dapat membuat pilihan yang mana lebih baik kepada kita. ...