Posts

Showing posts from June, 2013

Istikharah dalam Kehidupan

Image
Hanya pada-Mu aku memohon Ya Allah, Aku memohon akan Engkau memilihkan yang mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Aku memohon Engkau memberikan kepastian dengan ketentuan-Mu dan aku memohon dengan kemurahan Engkau yang Agung, kerana sesungguhnya Tuhan yang Berkuasa, sedang aku tidak tahu dan Tuhanlah yang Amat Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah, jika Engkau mengetahui persoalan ini  baik bagiku dalam keagamaan dan penghidupanku dan baik pula bagiku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan bagiku di dalamnnya.  Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripada ku, dan jauhkanlah aku daripadanya. Berikanlah kebaikan di mana sahaja aku berada kemudian jadikanlah aku orang yang mula rela atas anugerah-Mu. Semua org tahu kan solat Istikharah ni dilakukan untuk memohon petunjuk Allah agar kita dapat membuat pilihan yang mana lebih baik kepada kita. Selalunya

Cuti-cuti jaga Hati

Image
Alhamdulillah. Cuti sekolah dah seminggu :D , Exam STPM Penggal 2 pon alhamdulillah selamat disemadikan habis semuanya. Cuti berbaki lagi seminggu. Seminggu ni masa dihabiskan dengan membaca novel sahaja. Sangat indah kehidupan di waktu cuti ya. Ohooh :'o Ini entah post yang keberapa dalam tahun ini ya. Tidak terkira rasanya. -___-'' Minggu ini sangat busy dengan kenduri ya. Alhamdulillah, rezeki masing-2 @_@ Haih. NAK BALIK SEKOLAH! Banyak pulak dugaan dan godaan time cuti-2 sekolah ni. Tak terjaga hati hamba kalau macam ni lama-2 Hamba tak betah begini. Hamba panik. Hamba boleh jatuh tersungkur kalau begini. Hamba tak nak hati hamba mati. Hamba taknak hati hamba dimiliki pada yang tidak halal. Hamba taknak hati hamba dinodai. Hamba taknak hati hamba hitam berdaki. Hamba taknak hati hamba rapuh dilukai. Hamba sayangkan hati hamba ini. Hamba ingin jaga hati hamba ini. Hamba taknak hati hamba goyah. Hamba takut. Hamba takit. Hamba takut Ya Allah.