Posts

Showing posts from May, 2015

Tugasan Banyak tapi Peduli Jalan-jalan Dulu

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Duduk bersila atas kerusi. Pakai earphone. Buka lagu It Is You. Pakai spek mata pakcik-pakcik. Buka blog. Klik new post. Mula menaip. Ahha! Akhirnya, entry yang sangat-sangat menarik untuk aku menaip. Aicewah. Menarik sangat lah kan? Setelah sekian lama perancangan demi percangan dibuat oleh sahabat-sahabat beta  nak keluar jalan-jalan sekitar Penang, baru hari ni berkesempatan. Gituuu~ Sudah, straight to the point. Hari ni kami jalan-jalan ke Bukit Bendera dengan Batu Feringgi. Tu ja yang mampu. Mula-mula depa ni rancang nak pi Taman negara. Sudah sorang lagi ni pulak kata Taman Negara tak ada apa. So, jom lah kita pi Penang Hill. Hoho. Aku nak share gambaq ja sebenaqnya. Semuanya ada 148 keping. Kohkoh. Jadi, terimalah~ Nope, aku tak letak semua lah. Aje nye gile ler nak letak semua. xD Sejuk~ Masa ni baru-baru sampai puncak bukit sana. Panjat bukit guna train. Pening nak mampuih beta rasa. Sampai atas rasa tinggi rendah tin

SEGMEN : blogwalking sebelum Ramadhan bersama ayuinsyirah

Image
Bismillahirrahmanirrahim Dengan ini saya mengisytiharkan bahawasanya saya telah menyertai segmen awak Ayu Insyirah. Hehe~ Dah lama tak join segmen-segmen blogwalking ni semua. I really miss it. Hiks! By the way, kepada yang nak join silakan klik banner di bawah okay? :)

Selamat Pagi

Image
Assalamualaikum. Selamat pagi Ahad. Selamat berhujung minggu. Alhamdulillah, pagi ni Allah hidupkan aku kembali daripada kematian yang sementara. Bangun pagi ni disambut dengan simbahan dan limpahan Rahmat Allah. Alhamdulillah, pagi ni hujan lebat. Guys, jangan mengeluh tau dengan hujan. Sesungguhnya hujan ni membawa segala jenis kebaikan. Why not we enjoy the gift that Allah give. Lagipun, waktu hujan bukankah suatu waktu yang dikatakan mustajab untuk berdoa? Jadi, berdoalah. Moga kita memperoleh keberkatan. Insyaallah. Live from Desiswa Tekun, Usm :)

Hari ni Hari Guru

Image
Assalamualaikum. Ini cerita kecil tentang aku dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dan yang aku masih ingat. Kira throwback zaman sekolah ah ni. Pertama, cerita tentang cikgu tadika aku yang masih lagi mengajar sehingga ke hari ini, Cikgu Siti Bashiroh. Cikgu Siti pada aku sangat baik walaupun dia garang. Pernah sekali tu aku kena rotan dengan 'roti panjang' *if you know what I mean* sebab aku tersangatlah buas bila mana cikgu mengajar di depan dan aku naik merangkak di atas meja and I don't know why I did that. Pffftt! Tapi cikgu gelak ja masa tu tengok kelaku tak semenggah aku ni. Dia acah-acah rotan ja pun sambil nak tergelak. Comel lah cikgu Siti. I Love You~ Sampai la ni pun aku teringat kisah tu sebab kelakor. Lulz~ Masuk sekolah rendah, aku dah jadi baik. Tak buas macam tadika dulu. Aku dah matang. Miahahaha. Masa aku darjah 1 ada seorang cikgu ni, nama beliau Cikgu Nazirah wich is my class teacher. Beliau tersangatlah baik, tak pernah marah dengan anak muri

Lukisan Awesome yang Nampak Real Gila Nak Mampus

Image
Haha. Dia punya tajuk entry panjang tak hingaaaat! Hewhew~ btw Assalamualaikum semua! Hari ni aku nak share sikit lukisan-lukisan yang nampak real sampai aku pun konfius mana satu lukisan mana satu bukan lukisan. Errr~ So, lets just not waste our time. Check it out. Ini dekat Penang Street Art kalau tak salah Ini dekat Penang Street Art So, macam mana? Nampak real kan? Ini baru sikit. Banyak lagi lukisan-lukisan realistik kat google image sana. *Eh* Nanti kalau aku rajin aku upload lagi. Cukup lah kot untuk hari ni.

Misteri The Crying Boy

Image
Lukisan di atas ini menjadi tanda tanya apabila setiap rumah yang memiliki lukisan asli "The Crying Boy" ini akan terlibat dengan kebaaran. Lukisan ini telah dihasilkan oleh Bruno Amido atau turut dikenali sebagai Giovani Bragolin pada tahun 1950. "The Crying Boy" merupakan judul lukisan di mana terdapat beberapa lagi lukisan yang berkonsepkan sama iaitu seorang budak lelaki atau perempuan yang sedang dalam keadaan menangis. Cerita misteri berkenaan dengan kebakaran ini mua disebarkan pada tahun 1985 di daerah Rotherham, South Yorkshire. Dikatakan bahawa api yang tersebar bermula pada bahagian dapur pada ketika itu sangat cepat. Api yang merebak itu berjaya menghangushkan segenap ruang rumah tersebut. Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah lukisan tersebut langsung tidak terjejas. Dari situ, ramai yang mengatakan bahawa lukisan tersebut mempunyai sumpahan. Cantik woh lukisan beliau. Well, aku tengok lukisan-lukisan "The Crying Boy" ni de

Laluan Pejalan Kaki Berusia 150 Tahun

Image
Laluan Ring PADA tahun 1857, Maharaja Franz Joseph mengarahkan supaya satu perubahan radikal dilakukan ke atas bandar yang sedang pesat membangun, Vienna. Pembangunan tersebut mestilah bertepatan dengan kecanggihan teknologi, kekuatan dan kekayaan penduduk negara tersebut yang berbangsa Austria-Hungary.  Kini, laluan pejalan kaki yang terkenal di Austria dan seluruh dunia, Ringstrasse mencapai usia ke-150 tahun.  Menurut kenyataan agensi-agensi pelancongan di negara tersebut, laluan sepanjang lima kilometer yang turut dikenali sebagai Ring itu berhampiran dengan istana, muzium dan bangunan bersejarah.  Sambutan ulang tahun yang ke-150 itu dihiasi dengan pelbagai aktiviti dan pameran istimewa bagi mendekatkan para pelancong dengan sejarah seni bina di negara tersebut. Kebebasan  Maharaja Franz Joseph mengarahkan supaya dinding-dinding bangunan yang memisahkan antara askar Turki dan Napoleon dirobohkan dan satu laluan pejalan kaki yang lebih besar dibina

Cintaku kepadaMu. Cintaku kepadamu.

Image
malu rasanya menyatakan cinta kepada dia kekasih allah kerana dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa ku pujuk jua hati dan jiwa meluahkan rasa cinta membara di dalam pujian ucapan selawat tanda penghargaan seorang umat selagi upaya kuturuti ajarannya apa terdaya ku amalkan sunnahnya moga di dunia mendapar berkat di akhirat sana beroleh syafaat kerana peribadinya aku terpesona kerana budinya aku jatuh cinta rinduku padanya tiada terkata nantikanlah daku di taman syurga sesungguhnya apa yang ku dambakan adalah cinta allah yang esa kerana cinta kepada rasulullah bererti cinta kepada allah Allah. Bagaimana untuk aku zahirkan rasa Cintaku hanya kepadaMu? Ya Rasul. Bagaimana pula untuk aku zahirkan rasa Cintaku kepada dirimu? Adakah aku cinta dan rindu kepadaMu ya Allah. Adakah aku cinta dan rindu kepadamu ya Rasulullah. Dimana kesungguhan aku untuk aku membuktikan rasa cintaku juga ku tidak tahu. Sungguh terkad

Manusia dan Manusia

Image
Manusia. Manusia ciptaan Allah. Makhluk yang paling sempurna ciptaannya. Makhluk paling sempurna kejadiannya. Makhluk yang Allah jadikan khalifah di bumi. Makhluk yang berakal. Namun, manusia dan manusia. Sesama manusia, apa mereka rasa? Apa tindak tanduk sesama mereka? Apa yang berlaku sesama mereka? Apa yang mereka lakukan sesama mereka? Manusia. Sesama manusia. Tidak sempurna. Banyak kelemahan. Banyak kekurangan. Manusia sesama manusia membenci. Manusia sesama manusia menyukai. Manusia sesama manusia hipokrit. Manusia itu. Walau sebaik mana pun mereka, tetap ada manusia lain yang membenci. Manusia paling sempurna sifatnya, Nabi Muhammad sekali pun ada yang membenci. Manusia itu. Tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki oleh mereka. Sifat yang biasa di dalam kehidupan manusia. Manusia dan Manusia itu tidak pernah sempurna. Walau Allah ciptakan Manusia itu makhuk paling sempurna. Namun, manusia itu, makhluk paling lemah. Manusia dan Manusia. Janga