Posts

Showing posts from December, 2013

Angan- angan dan Impian

Image
Assalamualaikum beloggers sekalian! Masa hari ni totaly dihabiskan di depan netbook free sahaja. Tak ada benda lain dah nak dibuat. Bosan gila hidup kamu Zzati :'( Tapi duduk depan netobook pun bukan saja-saja. Ada benda yang aku buat selain online tahu? :) Yea, hari ni aku mencuba-cuba menggerakkan otak yang agak lama tak bergerak akibat exam dah tamat. Aku cuba mengerahkan tenaga untuk mencari idea untuk aku menulis! Yea! Dan wallah! Akhirnya, tak siap-siap pun penulisan aku tu. Aku jadi sedih. Sobs~ Actually, selain menulis, aku juga mencuba-cuba untuk menjahit. Jahit something yang boleh dipakai. Yang cantik, menutup aurat dengan sempurna. Angan-angan nak buka butik, jual tudung. Fuhh, tinggi betul angan-anganku ni. Tapi, sama seperti kes menulis tadi. Jahitan yang tidak menjadi. Guna mesin jahit pun tak pernah. Ada hati. Haha. Itulah aku. Terlalu banyak yang aku nak buat dalam satu-satu masa. Mana satu pun tak tau lah. Last-last satu pun tak menjadi. Dua perkara tu pa

Masker Oatmeal Bagus untuk Melembutkan Kulit Kaki

Image
#promo : Yuna nak jumpa kauorang di U.S. Grab this a.s.a.p di SINI Masker kaki sangat sesuai untuk wanita yang ingin memanjakan dan menghilangkan kesan rekahan pada bahagian kaki. Ianya sangat bagus untuk merendam dalam oatmeal yang menenangkan dan melembapkan. Sesungguhnya, oat terkenal dengan keupayaannya untuk menyembuhkan dan menenangkan kulit kering yang sensitif, jadi masker kaki oatmeal yang digabungkan bersama dengan madu dan minyak zaitun ini benar-benar berkhasiat untuk kaki anda! Bahan-bahan: 1 mangkuk besar 1 sudu besar Bekas kecil dengan penutup 2 cawan oat 1 cawan tepung gandum ½ cawan madu ½ cawan minyak zaitun Cara-cara: 1) Ambil 2 cawan oat, 1 cawan tepung gandum, ½ cawan madu dan ½ cawan minyak zaitun kemudian campurkan kesemuanya ke dalam mangkuk besar. Anda boleh menambah minyak pati pewangi seperti lavender, teh atau pudina ke dalam masker kaki jika anda mahu tambah aroma yang menyenangkan. 2) Gunakan sudu besar untuk menggaulkan

5 Artis Barat yang Benci Watak Ikonik Sendiri

Image
#promo Iklan : Yuna nak jumpa kauorang di U.S! Grab this a.s.a.p. Klik SINI untuk maklumat. Assalamualaikum. Hai. :) Today we talk abaout retis luar negara. *eh* Pernah pulak aku post entry retis dalam negara? Haha. :3 This view show that 5 retis barat yang benci watak/karekter mereka dalam filem yang mereka lakonkan. Boleh jugak macam tu kan? Apa ke plik-pelik lah hai. xD Lets cekidaut. Kate Winslet sebagai Rose DeWitt-Bukater ("Titanic", 1997) Sekalipun dia banyak memenangi anugerah hanya selepas beberapa tahun menjadi pelakon, filem "Titanic" yang telah menaikkan lagi nama pelakon British ini ke persada antarabangsa. Melalui lakonannya sebagai si aristokrat Rose, Winslet menerima banyak tawaran lakonan dari Hollywood selepas itu. Namun begitu, Winslet tidak menyukai lakonannya dalam "Titanic". Dia membenci setiap babak yang dilakonkannya, dia tidak suka loghat Amerikanya dan seringkali berkata yang dia ingin melakukannya sekali la

Kesalahan merawat jerawat

Image
Assalaualaikum. Hoi. Fuhh, jerawat. Elok-elok cuti ja, banyak pula jerawat ni nak membiak. -_- So, cuti-cuti ni kira jerawat je lah ek. -_-'' Kesimpulannya, entry kali ni pasal jerawat! Yeah! Tepuk tangan! Jerawat ni semua orang ada. Ye tak? Banyak dengan tidak, teruk dengan tak teruk ja. Lepas naik jerawat tu, mula lah cari produk nak hilangkan. Kan kan kan? Heheh. Tak lupa juga ada yang suka memicit! Oh jyeahh! Mohon jangan picit depan orang okay? Jangan buat macam Bepop xD Macam-macam alternatif yang depa ambik, cipta dan amalkan. Yang kadang-kadang tu macam tak ada efek pun. Makin teruk ada. Haish. So, dekat sini, hamba kongsikan sedikat dan tak sebanyak kesalahan hampa dan hamba dalam merawat jerawat. *eheh* Sapu ubat gigi Seperti yang diperkatakan tadi dengan meletakkan ubat gigi pada jerawat yang tumbuh itu boleh menghilangkan jerawat. Nah itu semua tidak benar, tetapi sebenanrya ubat gigi itu berfungsi lebih untuk memberi kesejukan pada wajah s

Tips menggayakan skirt bermanik

Image
Assalamualaikum. Hai. I'm gonna to warn you about this post. Cewah It's totally for girl only! Yeahh! Lelaki jangan coba. HAHA! Meh~ Happy Reading girls :) Sesetengah wanita berpendapat bahawa menggayakan skirt yang bermanik menampakkan gaya lebih dari usia atau ia hanya sesuai digayakan pada waktu malam sahaja. Ubah persepsi anda dan lihat sendiri bagaimana anda boleh menggayakan skirt bermanik tanpa rasa serba salah. Kini anda boleh sahaja menggayak skirt bermanik ke pejabat, ke parti , majilis malah ke pusat beli-belah! Lihat tips di bawah bagaimana cara menggayakan skirt bermanik Looks old. Tapi boleh jadi Funky kalau pandai gayakan! Pilih skirt anda Skirt bermanik boleh di dapati dalam banyak rekaan, warna dan bentuk. Anda boleh sahaja memilih mana-mana rekaan. Bagi anda yang bertudung pula, jangan risau. Skirt bermanik labuh juga kini senang di dapati di pasaran. Baju 'Plain' atau tidak bercorak Adalah penting untuk anda men

Makanan Lewat Malam yang Menyihatkan

Image
Assalamualaikum, Hai. Best hari ni keluar p mengai(memancing) kat sungai. Dapat la empat ekor ikan. Haha. xD Lama tak p mengai. Nikmat betoi jadi budak kampung :3 Okay-okay, sudah. Takdak kaitan dengan tajuk entry pun p mengai ikan. xD. Nak share something ni, tentang makanan lewat malam yang menyihatkan. Semua sedia maklum yang makan watu tengah malam buto ni memang tak menyihatkan. Kajian pun dah nyatakan sekiranya makan lewat malam akan mengundang pelbagai penyakit yang marbahaya, Teristimewanya penyakit jantung lah. Huhu. Kajian juga ada mengatakan bahawasanya *amboih* seseorang yang berumur 30 tahun dan keatas mudah untuk diserang dengan pelbagai penyakit kronik macam kencing manis, jantung, darah tinggi dan macam-macam lagi yang serba kronik lah. Hal ini disebabkan oleh kadar metabolisme mereka untuk melawan penyakit yang semakin kurang. Tak macam budak-budak/remaja. Depa metabolisme tinggi sikit. *cewah* Walaubagaimana pun, boleh nak makan tengah malam, bukan takbo

U-Kiss di Kedah!?

Image
Assalamualaikum, Selamat pagi! :) Hahha, Biaq betoi U-Kiss mai Kedah ni???! Hampa percaya dak? Percaya dak? Tak percaya? Tapi itulah kenyataan nya. Oh yeah. *takkisahsangatpunacctually* xD 15 Dis – Buat pertama kalinya Eupe Corporation Berhad, antara pemaju hartanah utama Malaysia yang beroperasi di utara tanah air bakal menganjurkan salah satu pesta muzik terbesar di rantau ini menerusi Pesta Muzik Planet Eupe yang berlangsung pada 1 Mac 2014. Bakal diadakan di Taman Air Carnival Eupe, Cinta Sayang Resort pada jam 6 petang, festival muzik ini akan menggabungkan barisan artis tempatan dan antarabangsa selain turut menyaksikan pemilihan peserta dari Malaysia yang akan berentap untuk mewakili negara dalam Kejohanan Tarian Antarabangsa Hip-Hop yang diadakan di Amerika Syarikat. Pesta Muzik Planet Eupe ini akan menampilkan kumpulan idola K-Pop popular dari Korea Selatan, U-KISS, bintang Mandopop tersohor, Wang Leehom, Yuna, bintang sensasi elektro pop dari Taiwan,

My Father (Korean Movie)

Image
Assalamualaikum. Annyeonghaseyo. Bajet korea sikit pepagi buta ni. :D Bukan apa, tadi ada tertengok satu movie korea. Tajuk dia mcm kat atas tu. MY FATHER. Bapak ah, Touching gila aku tengok cerita ni. Sobs~ Meh, aku sinopsiskan dia sikit. Berkisahkan seorang lelaki Korea bernama James Parker yang dilahirkan di Korea tapi dibesarkan di US. Dia diambil sebagai anak angkat oleh satu keluarga omputeh. Satu hari, James cakap dengan family dia, dia nak cari mak ayah kandung dia. So, dia ambik keputusan join army. Lepas dah sampai Korea, dia pun berusaha cari mak ayah dia. James asuk satu rancangan TV sebagai salah satu usaha untuk cari parents dia. Lepas enam bulan baru ada khabar berita. Ayah kandung James merupakan seorang banduan yang menunggu hukuman mati dikenakan. Dalam masa tu, depa banyak luang asa sama-2. Tapi, yang sedihnya, bila James buat ujian DNA, dia dapat tau, tu bukan ayah kandung dia. Itu lah dia sedikit sebanyak kisah My Father. Cerita ni tak sedih san

Baitulmuqaddis Bermandi Salji

Image
TEMBOK BARAT dan Kubah Batu yang menjadi tempat suci orang Yahudi dan Islam di Baitulmuqaddis dilitupi salji semalam. BAITULMUQADDIS - Ribut salji melanda kota ini dan beberapa bahagian Tebing Barat yang ditakluki oleh Israel semalam. Fenomena yang jarang berlaku itu menyebabkan aktiviti di kota ini lumpuh manakala beratus-ratus buah kenderaan terkandas selepas jalan-jalan raya tidak dapat dilalui. Pihak berkuasa Israel berkata, salji tebal mencecah 50 sentimeter turun di sini sejak kelmarin. "Sepanjang 54 tahun saya hidup di sini, saya tidak pernah melihat pemandangan seperti ini (salji) kata Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir Barkat. Ribut salji itu menyebabkan pasukan penyelamat, polis dan tentera terpaksa berkerja keras untuk mengeluarkan beratus-ratus orang yang terkandas di dalam kenderaan mereka di beberapa buah lebuh raya dekat sini. Dalam pada itu, lebih 500 penduduk ditempatkan di sebuah pusat konvensyen yang dijadikan sebuah penempatan sementara.

Model Playboy Bunny Berhijab

Image
Assalamualaikum Tadi ada buka email, lepas tu ternampak satu artikel ni. Seorang model Playboy bunny berhijab. Orang Malaysia jugak. So, ni aku bagi artikel. Dalam bahasa Inggeris lah. Malas nak translet. Banyak sangat. Kalau aku translet kang kelaut hampa baca. xD Okay, selamat membaca. :) First Malaysian Playboy bunny and model Felixia Yeap’s decision to don the hijab (Muslim headgear) despite being a non-Muslim has shocked many, with some fans berating her and labelling it as a "publicity stunt". The 27-year-old Ipoh beauty, who has been modelling since she was 19, however, remained unperturbed by all the scepticism and criticism that she had been receiving since she started donning the hijab a few months ago. “They say I did this to find a rich Malay Datuk to marry. If I wanted to find a rich man, I would have done it a long time ago when I was still actively modelling in sexy poses. Their criticisms defy logic. All I wanted to do was to cover up more and

I Need Peace, I Need Love

Image
Assalamualaikum. Hari ni macam hari-hari yang biasa. Oh ya, hari biasa. Pagi-pagi bangun Subuh, goreng kuih, tolong mak jual nasi lemak. Tengah hari masak, petang tengok tv, FB, Twitter, Blog membawa sampai ke malam. Aduhai, hidup yang sangat kosong. Tiada pengisian. Suram. Di mana landasan aku yang sebenar? Aku dah macam hilang arah tuju. Terasa kesunyian. Di mana silap aku? Apa yang aku perlukan saat ini? Ketenangan. Ya, aku memerlukan ketenangan. Di mana perlu aku cari? Di dalam diri? Di sudut hati? Betullah, Ketenangan itu perlu aku cari ke dalam diri Dengan cara dekatkan diri kepada Ilahi Moga ketenangan yang dicari akan aku temui. Allah, satu-satunaya tempat aku bergantung Satu-satunya tempat yang bisa menenangkan diri. Mengadulah diri kepadaNya. Agar kau menjadi insan yang bertaqwa. Cinta Allah aku harapkan. Moa aku memiliki Cinta itu. Ya Allah, kau izinkanlah aku. I need peace, I need love.

Indahnya Cinta

Image
Semua yang berlaku tanpa aku sedari. Hadirnya perasaan kasih itu entah bila. Saat aku dalam kesakitan menanggung kepiluan dan kerinduaan kepada insan yang telah tiada, kau hadir tanpa aku duga. Kehadiran dirimu tanpa ku sedari telah mengembalikan cahaya kegembiraan dalam hidupku yang selama ini sering aku tangisi. Sebelum kau hadir dalam hidupku, aku pernah rasakan apa itu bahagia saat diri ini mulai dicintai dan mencintai. Namun, semua kebahagiaan itu hanya hadir untuk sementara cuma, dia, dia yang aku sayang dan aku cinta telah pergi menghadap Ilahi buat selamanya. Ketika itu, hidup aku terumbang ambing. Hanya tagisan yang sering menemani diri ini. Tetapi, kehadiran dirimu yang dahulunya tidak aku sedari telah mengubah kehidupanku. Aku kini mulai bahagia kembali.  Entah sejak bila kita mulai rapat, aku juga tidak pasti. Semuanya berlaku terlalu pantas sehinggakan aku tidak dapat mengingati bilakah kita mulai mengenali diri masing-masing dan aku masih tertanya-tanya se

Child Sponsorship Programme

Image
##PROMO This Child Needs Your Help, Sponsor a Child Today   Child Sponsorship Programme Building a better world for children does not happen by itself nor does it take place overnight. It takes perseverance, time and, most important of all, dedication and passion. A better world can only be a reality if we work together with those who need a hand up.  At World Vision , we see CHANGE . And we have seen that changing lives is possible when we take action and commit to it. Sometimes, a small gesture can inspire huge change. Encourage others to join you and start changing lives by: Joining the Child Sponsorship Programme today If you're already a Child Sponsor, share the Programme with a friend or loved one.   To Join Click Here

Tambah Pendapatan Dengan 8Share

Image
Assalamualaikum! :D Apa itu 8share? Oh. Aku nak cerita pun tak pandai. So, dipendekkan cerita. 8share ni asal nama dia Says. Atas beberapa sebab tertentu Says ditukar kepada 8share. Macam mana boleh dapat duit dengan 8share? Okay. Mudah saja, cuma daftar dulu. Nak daftar masuk SINI ye anak-anak. Now, meh hamba nak terang sikit-sikit apa yang hamba faham, sebab hamba pun baru nak geledah-2 8share ni. Hoho. Macam mana 8share boleh bagi kita duit adalah dengan cara kita share sesuatu maklumat di bawah share. Tengok gambar ni.. Okay, yang dihighlight tu SPECIALS. Melalui specials tu la kita akan dapatkan apa-apa maklumat yang menarik untuk kita share dekat orang lain macam dekat Facebook, Twitter, Blog pun boleh. Duit akan kita daat sekiranya ada orang lain yang klik apa yang kita share tu. Orang yang klik tu kita panggil Unique Visits (UV). Setiap satu klik oleh UV yang berbeza, kita akan dapat 2 kupang (20sen). 8share ni sangat mudah. Daftar secara percuma, tak payah ke

Solat! Jangan Malas!

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum bloggers. Entry kali ni khas untuk pembaca yang beragama Islam. Kita kongsi sikit-sikit la ye. Nak cerita pengalaman aku yang malas gila gila gila nak solat. Tak dinafikan, ramai, termasuklah aku sendiri yang malas nak solat. Yes, I admit it. Padahal, solat ni senang sangat nak buat, bukan lama pun, habis sangat 5 minit. :)  “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” Riwayat Al-Bukhari & Muslim Okay, ni pengalaman aku masa kecik-kecik dan awal sekolah menengah dulu. Dulu, masa sekolah rendah, memang mak abah tak paksa sangat anak pompuan dia yang sorang ni solat. Depa tak ada pun nak rotan-rotan bagai kalau tak solat ni. Sampai la satu masa tu, dalam umur aku 10 tahun rasanya. Abah mula paksa aku untuk solat Subuh. Sebab aku memang tak pernah buat solat Subuh pun selama aku hidup masa tu. Bukan tak pernah belajar pun -_- Kec