Posts

Showing posts from 2015

Hari Interaksi SKJR USM - Hiking ke Monkey Beach

Image
Alhamdulillah, merasa juga diri ni nak hiking. Bismillahirrahmanirrahim   Hari Ahad bersamaan 25 Oktober 2015, satu program di bawah Sekretariat Keselamatan Jalan Raya Universiti Sains Malaysia (SKJR USM), Kampus Induk telah berjaya dilaksanakan. Program Hari Interaksi bersama SKJR yang di arahkan oleh pengarah projek merangkap ex-cubemate aku Nur Amira Abu Zaki berjalan dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah. Walaupun tiga hari sebelum tu USM dapat cuti disebabkan jerebu yang teruk masyaAllah, akhirnya hari Ahad tu berjaya juga laksakan program tanpa perlu ditangguh. Fuhh lega beb lega… Alhamdulillah, cuaca pagi Ahad tu menyenangkan, tak hujan, jerebu pun kurang. Segalanya Allah permudahkan. Perjalanan bermula daripada USM dengan menaiki bas menujuk ke Taman Negara, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke sana. *Kalau aku tipu hampa percaya ja lah* Sampai di Taman Negara, kami telah menyantap dengan roti Impi

Miniature Art - Little People

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Siapa tahu pasal miniature art ni? Aku pun tak tahu, tadi baru google. Berdasarkan apa yang aku baru tahu tadi miniature art ni seni yang kecik. Haha. xD Maaf, saya bukan budak seni. Saja malam ni update nak tunjuk gambar miniature art ni ja. Seni yang menggunakan orang kecik dengan benda/makanan. Ish, aku tak tahu nak terang. Tengok sendiri lah. Miniature Art - Little People Project Projek seni ni dilakukan berdasarkan kehidupan sehari-hari manusia. Kegiatan, aktiviti, pekerjaan yang dilakukan oleh manusia di dunia ni dengan menggunakan bahan seperti makanan. Kreatif. Comel. Saya suka. Banyak lagi seni menusia kecil ni dekat google. Cuba lah search. Gambar ni semua aku dapat dekat FB. Ok bye~

18 Ramadan 1436H

Image
Bismillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum Manusia. Allah ciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini. Manusia diberi keistimewaan iaitu akal. Manusia makhluk yang paling sempurna ciptaannya. Ya, manusia diberi akal. Tapi seberapa banyak mana manusia yang bijak menggunakannya? Tak ramai bukan? Apa buktinya? Kenapa? Buktinya banyak. Terlalu banyak pada aku. Sudah terlalu banyak kemungkaran yang dilakukan di muka bumi ini pada ketika manusia gagal 'menggunakan' akal mereka dengan sebaiknya. Mereka hanya bertuhankan nafsu. Kemungkaran yang berlaku sehingga menimbulkan kemurkaan pada bumi itu sendiri. Allah juga. Sehinggakan Allah menurunkan peringatan kepada hambanya. Namun, ada segelintir yang masih buta dengan peringatan ini. Mereka terus lalai dalam syurga dunia ciptaan musuh mereka sendiri. Kelalaian demi kelalaian tidak menampakkan mereka dengan kebenaran. Kebenaran di hadapan mata dikaburi dengan kejahilan dunia. Mereka jahil, tapi mereka berlakon serba tahu. Terka

1 Ramadan 1436H

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni dah start puasa untuk tahun 2015. Agak sayu lah sebab first time ni berpuasa dekat tempat orang. Sayu lagi bila sahur makan megi ja. Bhahaha. TTvTT Awal kemain bangun pukul empat. Kalau dekat rumah ni mahu pukul 5 baru bangun. Kohkoh.  Bagun pagi, masak air nak buat megi, terus tak tidur. Study sikit-sikit sebab esoknya nak exam paper pengajian Islam. Matilahnak bila aku taktau aku boleh jawap ke tidak esok ni. Sebab dalam kepala otak ni terasa kosong memanjang. Ya Allah, sedih sungguh kisah hidup hang Zati. TT_TT Dah bosan study yang tak berapa minit tu, bangun dari meja study kemas bilik segala perkakas yang tinggal. Yelah, lagi empat hari ja nak tinggalkan bumi USM ni. Eksaited mengemas segala benda. Alhamdulillah, taklah bosan sangat bila dok mengemas tu. Kohkoh. Pukul 12 aku tidur. Sunnah kan? Tapi tu lah, kalau dan tidoq ni memang terlajak laris lah tidoq tu. Hilang sunnah kalau tidoq berejam-jam

Pengumuman Ramadan

Image
Bismillahirrahmanirrahi. Assalamualaikum Alhamdulillah, tadi dah diumumkan bahawa rakyat Malaysia akan menyambut bulan Ramadan pada 18 Jun 2015 bersamaan dengan hari Khamis, InsyaAllah. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Moga tahun ni Ramadan aku lebih bermakna dengan amal-amal kebaikan. InsyaAllah. Moga kalian juga begitu. InsyaAllah. :)

Kali Pertama: Puasa di Tempat Orang

Bismillahirrahanirrahim.  Assalamualaikum. Lagi tiga hari bulan puasa nak datang menjengah kita umat Islam. Insyaallah banyak keberkatan yang akan hadir bersama. Sama-sama lah doakan ya dengan keadaan Malaysia yang mungkin dah hilang sikit keberkatan di dalamnya. Em.. By the way, tahun ni merupakan tahun yang pertama kali yang membuatkan aku menyambut puasa dekat tempat orang. Kalau sebelum ni memang dekat rumah lah sebab aku tak pernah stay asrama pun. So, rasa syahdu tu lain macam lah. Cewah. Poyo ja. Insyaallah aku kuat kot. Hahaha. Insyaallah nanti aku update untuk 5 hari berpuasa di bumi USM, Penang ni. Haha, yeah. Lima hari ja aku puasa kat sini. Lepas tu cuti sem. Yihaaa!  Okay lah, tu ja lah kot. Okay bye~ Assalamualaikum. :)

Bukit Merah Sahaja Mampu

Image
Bismillahirrahanirrahim. Assalamualaikum. Kalau bulan lepas keluar ke Bukit Bendera. Hari ni keluar ke Bukit Merah, Perak. Gitu~ Orang lain sibuk dengan minggu setadi. Yang mengkome ni sibuk dengan main ayaq. Release tension katanya. Okaylah. Release jugak lah. Main-main ayaq macam kekanak yang baru masuk darjah satu gitu~ Bhahaha. Perjalanan cuma ambil masa lebih kurang 1jam. Bertolak pukul 9 lebih macam gitu. Dalam pukul 11 dah sampai. Masuk, beli tiket. Lepas tu apa lagi. Moh kita terjun! Ahak! Memula masukdekat kawasan pantai. Weee~ tempat yang aku hampir-hampir lemas dulu. KohKoh. Lepas tu naik, main gelongsor. Ya Allah, aku gayat gila naik gelongsor tu. Tapi best! Haha. Sampai bawah dah tak rasa kaki. Lembik. Bhahahaha. xD Tapi, aku kagum. Cekal gila hati bebudak ni bila si Epa ajak naik naik menatang 'V' tu. Aku yang tengok dari bawah ni pun dah rasa kecut perut. Aje je nye gile la aku nak naik menatang tu. Memang tak lah. Aku takut tinggiiiiiii~! Ahahaha. Aku d

Tugasan Banyak tapi Peduli Jalan-jalan Dulu

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Duduk bersila atas kerusi. Pakai earphone. Buka lagu It Is You. Pakai spek mata pakcik-pakcik. Buka blog. Klik new post. Mula menaip. Ahha! Akhirnya, entry yang sangat-sangat menarik untuk aku menaip. Aicewah. Menarik sangat lah kan? Setelah sekian lama perancangan demi percangan dibuat oleh sahabat-sahabat beta  nak keluar jalan-jalan sekitar Penang, baru hari ni berkesempatan. Gituuu~ Sudah, straight to the point. Hari ni kami jalan-jalan ke Bukit Bendera dengan Batu Feringgi. Tu ja yang mampu. Mula-mula depa ni rancang nak pi Taman negara. Sudah sorang lagi ni pulak kata Taman Negara tak ada apa. So, jom lah kita pi Penang Hill. Hoho. Aku nak share gambaq ja sebenaqnya. Semuanya ada 148 keping. Kohkoh. Jadi, terimalah~ Nope, aku tak letak semua lah. Aje nye gile ler nak letak semua. xD Sejuk~ Masa ni baru-baru sampai puncak bukit sana. Panjat bukit guna train. Pening nak mampuih beta rasa. Sampai atas rasa tinggi rendah tin