Posts

Showing posts from 2014

Ku Serah Cinta Ini

Image
Ku serah segala ketentuan Biarlah masa yang berbicara Dipangku wajah yang layu Dan aku telah jemu Aku tidak mahu berpaling Pada yang mengganggu dan menggugat Sapanya meletihkan diri Hadirnya mengundang penat Akan ku serah cinta ini Bukan lagi pada manusia Kerana cinta martabat itu Bersalut segunung kepalsuan Dan kepuraan Aku semakin tidak peduli Apa yang mungkin akan terjadi Kerana gerak dan tindakanku Mahu bebas dari masalah Ku serahkan cinta ini Hanya padaMu, oh Tuhan Aku adalah aku sekarang Biar terbuang tetap berjuang Akan ku serahkan jiwa ini Sepenuh hati dengan keikhlasan Aku adalah aku yang sekarang Ku serahkan cinta ini Sedikit coretan cinta...... Fitrah manusia untuk ada rasa cinta. Itu semua anugerah Allah. Tapi, sayang..... Ramai yang terbabas. Ramai yang lalai...... Memberi cinta pada yang salah. Cinta itu tak salah. Manusia yang salah menzahirkan cinta. Baliklah. Pulanglah. Kembalilah. Mencintai Allah. Jangan mengharapkan Cinta m

Bukanku Tak Sudi

Bukanku tak sudi... Kasih, Ehem ehem. Assalamualaikum. Selamat pagi, tengahari, petang, dan malam warga bloggers sekalian. Pehhh, tajuk entry tak kalah aih. Macam apa entah. Hewhew. Ekceli, kita tak tahu nak update apa sekarang ni. Sumpah kita blur nak menulis. Kita tak suka lah macam ni. Huuu~ Bukan kita tak sudi tau nak update blog kita. Tapi itu lah, kalau kita update pun bukan ada yang sudi nak membaca. Kehkeh. Tak apa, kita tak kisah pun. Ini pun kita saja-saja merapu, sebab blog kita dah sunyi sangat. Walaupun hakikatnya blog ni memang sedia sunyi pun. Hahah! Hmmm, cukup lah kot. InsyaAllah nanti, kita merapu lagi. Okay bai, Assalamualaikum. Tata~

Salam Anak Perantau

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua bloggers. Dah agak lama hamba tak menaip di blog ni. Last update masa awal-awal Ramadan. Haha. Busy apa entah sampai tak update blog kesayangan ni. Kesian dia keseorangan. Tsktsk. TT,.TT By the way, hari ni dah genap dua minggu hidup kat tempat orang. Walaupun tak jauh dari tempat sendiri, tapi hati ini tetap rindu akan tempat asal usulku. Cewah. Haha. Dah dua minggu hidup kat Penang ni, sendirian. Pehhh. Tak pernah hamba berpisah dengan family selama ni tau. Paling lama pun tiga hari dua malam saja. Tapi, tak apa demi Ilmu, insyaAllah akan aku gagahkan jua. Aiseh. :'3 Aja aja hwaiting Zati! You can do it! Just believe in yourself. Peace yooo. Bye-2. Assalamualaikum. Salam Anak Perantau. Moga kalian sentiasa berada dalam Rahmat Allah. :')

Marhaban Ya Ramadan

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Tahun ni masih diberi kesempatan untuk berpuasa. InsyaAllah, sama-sama kita perbanyakkan beribadah.

STPM 2013

Image
Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya bagi Allah. Assalamu'alaikumu sahabat semua. :) Alhamdulillah, hari ni result STPM 2013 dah dikeluarkan. I'm the one of the candidate. Alhamdulillah, ramai yang dapat keputusan yang cemerlang. Dengar kata keputusan keseluruhan di seluruh Malaysia meningkat  berbanding tahun sebelum. Kiranya, sistem baharu ni okay lah kot. Hihi. Alhamdulillah, my school pun antara terbaik daerah. Syukur-syukur. Ada 35 orang dapat 3.00 above. Pun meningkat berbanding tahun sebelum. While 2.00 above pulak 66 students. And I was like Whoaaaa! Impressive! Tak sangka. Pandai rupanya student-student STPM SMKAH ni. Hewhew. :3 Tahniah kepada semua calon-calon STPM 2013 SMKAH yang cemerlang resultnya. Ingat. itu semua Allah yang bagi ya. Jangan lupa berterima kasih tau. Huhu~  Pada yang result 'okay-okay' tu,  In Shaa Allah, rezeki kita dimana-mana. "Dimana ada batang mati, di situ ada cendawan tumbuh." Tak gitu? :

Perjuangan Terakhir... Katanya

Image
Bismillah. Alhamulillah. Assalamu'alaikum bloggers sekalian. Moga sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia. Cewah. :3 Alhamdulillah, hari ni saya dah selamat menjawab exam paper ulangan *sobs* Alhamdulillah, soalan lebih senang daripada yang sebelum ni. Tapi saya tak mengharapkan apa-apa sangat. Segala-galanya berbalik kepada Allah. Kalau ada rezeki result saya meningkat, Alhamdulillah. Kalaut tak, tetap bersyukur dengan ketentuanNya. In Shaa Allah. Begitulah kita manusia amnya dan beragama Islam khususnya. Sentiasa perlu berserah kepadaNya. Segala penat lelah kita sebelum ini, itulah usaha kita. Selebihnya, kita serahkan kepada Allah. Ingat ya sahabat. Allah tahu apa kita mahukan, tapi Allah lebih tahu apa yang kita perlukan. In Shaa Allah, kalau kita sentiasa bergantung kepadaNya, kita akan tenang. In Shaa Allah. By the way, esok Result STPM keluar. Hohoyeah. Moga Allah permudahkan segala urusan esok. Aamiin! :) #justkeepsmiling. Wassalam.

#PrayForMH370

Image
Bismillah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam. Last Saturday, kita, Malaysia diberitakan dengan berita yang besar. Which is Malaysia Airlines(MAS) go missing when their journey from KLIA to Beijing are not detected. Tiba-tiba boleh hilang daripada radar masa nak masuk perairan Vietnam. Pelik kan? Because of that, banyak lah spekulasi yang dikeluarkan oleh mereka-mereka yang sangat care pasal MH370. Sampaikan tak tahu nak percaya yang mana satu. Tak lupa juga yang mempermainkan hal besar ni. Please guys, stop those speculation. :"( Please be sensitive to the passengers' family. Impak kehilangan pesawat MH370 ni saya boleh tengok, banyak masjid yang dipenuhi jemaah yang melakukan solat sunat hajat demi memohon dipermudahkan operasi pencarian dan keselamatan mangsa dalam pesawat tu.. Tak ke indah macam tu? :') Kita-kita ni hanya mampu berdoa sedayanya. Allah yang menentukan. Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik perancang. Dah enam hari

Berjalan Tanpa Henti

Image
Bagaikan jauh jalan yang kutempuh Langkah demi langkah akan kugagah Hari demi hari berjalan tanpa henti Yakinku ada sinar yang menanti   Kalau dah bertemu arah Yakin penuh pasrah PadaNya Yang Kuasa dikau berserah   Jika kau rebah jika kau kalah Bersaksilah rahmatNya akan terserlah Segala kepahitan segala keperitan Terima bagai penghapus dosa   Malang yang menimpa duka yang melara Mungkin di baliknya ada bahagia Jangan jangan berputus asa Dari rahmat Yang Maha Esa   Jangan jangan kita lupa Ujian lumrahnya dunia Bismillahirahmanirrahim. Assalamu'alaikum wbt sahabat yang saya kasih. Moga sentiasa berada dalam rahmatNya. In Shaa Allah. :) Alhamdulillah, entry yang ketiga untuk bulan ni. ^o^ Bait-bait di atas saya petik daripada lagu Berjalan Tanpa Henti by Devotees. Saya suka lagu ni. Terima kasih lah pada seorang sahabat yang share lagu ni. Syukran, nanti saya belanja eskrem. Hihi. XP Boleh klik SINI kalau nak dengar lagu ni. Lagu ni best tahu. Pada

Harta VS Ilmu

Image
Bismillah. Assalamualaikum Ini post kedua untuk hari ini dan bulan ini. Okay, Saya nak kongsi sikit ilmu pengetahuan yang saya dapat dari seorang sahabat berkenaan dengan Harta vs Ilmu. InsyaAllah. Rasulullah pernah bersabda: "Aku adalah kota ilmu pengetahuan, sedangkan Ali adalah pintunya." Oleh kerana kemahsyuran ilmu yang dimiliki oleh Saidina Ali, maka ramailah yang mahu mengujinya. Pada suatu hari, sepuluh orang ulama telah datang menemui Saidina Ali, dan secara bergilir mereka mengajukan pertanyaan yang sama. "Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?" Sepuluh jawapan Saidina Ali ialah. 1. ILMU lebih utama kerana ilmu adalah pusaka para Nabi, sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan Fir'aun. 2. ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjaga kamu, sedangkan harta, engkaulah yang harus memeliharanya. 3.  ILMU lebih utama kerana harta boleh menyediakan diri kita dikelilingi musuh, sedangkan ilmu akan menjadikan engkau mempunyai banyak sahabat. 4. IL

Dua Bulan Percutian

Image
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Chillax chillax di atas bangku Lama sudah Hamba tidak memosting entry di belog ini. Sangat lama sehinggakan didapati terdapat banyak sesawang yang menerawang di bahagian post entry ini. *sangat cliche* HAHA! Dua bulan dah bercuti memosting. Sebenarnya ada banyak benda yang nak dicerita dan yang nak dipost. Tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan. *puiiii* Kalau post pun nda ada orang yang mau baca. Sobs TT..TT So, ini adalah posting yang kedua dalam tahun 2014. Alhamdulillah, Hamba masih lagi diberi peluang oleh pencipta kita untuk menyedut udara di muka bumiNya ini. Allah masih lagi mahu memberi peluang untuk Hamba sentiasa mengucapkan kata ampun padaNya. Allah masih memberi peluang untuk Hamba berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah, segalanya atas keizinan Allah. Jadi, itu je lah entry Hamba untuk kali ini, InsyaAllah akan menyusul lagi nanti. Moga kita sentiasa dalam RahmatNya. Wassalam.....

Good Bye Forever 2013

Image
Assalamualaikum! Post pertama bulan Januari tahun 2014! Yeahhhh! Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang hidup dekat muka bumi-Nya ni. :) Mwsti meriah ja kan sambut tahun baru semalam? Well, aku just sambut tahun baru dengan p ke taman syurga ja. Syok baq hang p taman syurga. Agagagaga :v Sesungguhnya, tahun 2013 terlalu banyak kenangan pahit manis yang berlaku. Especially memori dengan kawan-kawan sekolah. The best year ever maybe. Lepas ni tak dak dah sekolah in my life. Melainkan aku jadi cikgu sekolah. HoHo ^o^ Diharapkan tahun ni pun memberikan kenangan yang indah jugak. Harapkan semua keinginan aku akan dicapai. Huhu. Chaiyoookkk! SELAMAT TAHUN BARU 2014. Bye. Wassalam....