Posts

Showing posts from July, 2015

Miniature Art - Little People

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Siapa tahu pasal miniature art ni? Aku pun tak tahu, tadi baru google. Berdasarkan apa yang aku baru tahu tadi miniature art ni seni yang kecik. Haha. xD Maaf, saya bukan budak seni. Saja malam ni update nak tunjuk gambar miniature art ni ja. Seni yang menggunakan orang kecik dengan benda/makanan. Ish, aku tak tahu nak terang. Tengok sendiri lah. Miniature Art - Little People Project Projek seni ni dilakukan berdasarkan kehidupan sehari-hari manusia. Kegiatan, aktiviti, pekerjaan yang dilakukan oleh manusia di dunia ni dengan menggunakan bahan seperti makanan. Kreatif. Comel. Saya suka. Banyak lagi seni menusia kecil ni dekat google. Cuba lah search. Gambar ni semua aku dapat dekat FB. Ok bye~

18 Ramadan 1436H

Image
Bismillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum Manusia. Allah ciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini. Manusia diberi keistimewaan iaitu akal. Manusia makhluk yang paling sempurna ciptaannya. Ya, manusia diberi akal. Tapi seberapa banyak mana manusia yang bijak menggunakannya? Tak ramai bukan? Apa buktinya? Kenapa? Buktinya banyak. Terlalu banyak pada aku. Sudah terlalu banyak kemungkaran yang dilakukan di muka bumi ini pada ketika manusia gagal 'menggunakan' akal mereka dengan sebaiknya. Mereka hanya bertuhankan nafsu. Kemungkaran yang berlaku sehingga menimbulkan kemurkaan pada bumi itu sendiri. Allah juga. Sehinggakan Allah menurunkan peringatan kepada hambanya. Namun, ada segelintir yang masih buta dengan peringatan ini. Mereka terus lalai dalam syurga dunia ciptaan musuh mereka sendiri. Kelalaian demi kelalaian tidak menampakkan mereka dengan kebenaran. Kebenaran di hadapan mata dikaburi dengan kejahilan dunia. Mereka jahil, tapi mereka berlakon serba tahu. Terka