Posts

Showing posts from December, 2014

Ku Serah Cinta Ini

Image
Ku serah segala ketentuan Biarlah masa yang berbicara Dipangku wajah yang layu Dan aku telah jemu Aku tidak mahu berpaling Pada yang mengganggu dan menggugat Sapanya meletihkan diri Hadirnya mengundang penat Akan ku serah cinta ini Bukan lagi pada manusia Kerana cinta martabat itu Bersalut segunung kepalsuan Dan kepuraan Aku semakin tidak peduli Apa yang mungkin akan terjadi Kerana gerak dan tindakanku Mahu bebas dari masalah Ku serahkan cinta ini Hanya padaMu, oh Tuhan Aku adalah aku sekarang Biar terbuang tetap berjuang Akan ku serahkan jiwa ini Sepenuh hati dengan keikhlasan Aku adalah aku yang sekarang Ku serahkan cinta ini Sedikit coretan cinta...... Fitrah manusia untuk ada rasa cinta. Itu semua anugerah Allah. Tapi, sayang..... Ramai yang terbabas. Ramai yang lalai...... Memberi cinta pada yang salah. Cinta itu tak salah. Manusia yang salah menzahirkan cinta. Baliklah. Pulanglah. Kembalilah. Mencintai Allah. Jangan mengharapkan Cinta m