Istikharah dalam Kehidupan



Hanya pada-Mu aku memohon


Ya Allah, Aku memohon akan Engkau memilihkan yang mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Aku memohon Engkau memberikan kepastian dengan ketentuan-Mu dan aku memohon dengan kemurahan Engkau yang Agung, kerana sesungguhnya Tuhan yang Berkuasa, sedang aku tidak tahu dan Tuhanlah yang Amat Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah, jika Engkau mengetahui persoalan ini  baik bagiku dalam keagamaan dan penghidupanku dan baik pula bagiku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan bagiku di dalamnnya.  Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripada ku, dan jauhkanlah aku daripadanya. Berikanlah kebaikan di mana sahaja aku berada kemudian jadikanlah aku orang yang mula rela atas anugerah-Mu.







Semua org tahu kan solat Istikharah ni dilakukan untuk memohon petunjuk Allah agar kita dapat membuat pilihan yang mana lebih baik kepada kita.

Selalunya, orang akan buat solat Istkharah untuk minta petunjuk antara dua pilihan yg ingin dijadikan isteri atau suami. Betul tak? Tapi, boleh aje kalau kita mintak untuk benda lain. 

Petunjuk boleh datang dalam pelbagai cara. Ada melalui mimpi, ada jugak melalui usaha kita sendiri. Macam-macam bentuk lah. Tidak semestinya hanya melalui mimpi.

Yang penting, kita kena yakin dengan Allah bila buat solat Istikharah. :)

Comments

Popular posts from this blog

Bukit Merah Sahaja Mampu

Indahnya Cinta