Ku Serah Cinta Ini

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

Sedikit coretan cinta......

Fitrah manusia untuk ada rasa cinta. Itu semua anugerah Allah. Tapi, sayang.....
Ramai yang terbabas. Ramai yang lalai......
Memberi cinta pada yang salah.

Cinta itu tak salah. Manusia yang salah menzahirkan cinta.

Baliklah. Pulanglah. Kembalilah. Mencintai Allah.

Jangan mengharapkan Cinta manusia yang belum pasti.
Akibatnya..... Parah hati,

Dapatkan Cinta Allah. InsyaAllah kebahagiaan milikmu sayang.







Jom Kejar Cinta ALLAH. :)

Comments

Popular posts from this blog

Bukit Merah Sahaja Mampu

Indahnya Cinta