18 Ramadan 1436H

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Manusia. Allah ciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini. Manusia diberi keistimewaan iaitu akal. Manusia makhluk yang paling sempurna ciptaannya. Ya, manusia diberi akal. Tapi seberapa banyak mana manusia yang bijak menggunakannya? Tak ramai bukan? Apa buktinya? Kenapa?

Buktinya banyak. Terlalu banyak pada aku.
Sudah terlalu banyak kemungkaran yang dilakukan di muka bumi ini pada ketika manusia gagal 'menggunakan' akal mereka dengan sebaiknya. Mereka hanya bertuhankan nafsu. Kemungkaran yang berlaku sehingga menimbulkan kemurkaan pada bumi itu sendiri. Allah juga. Sehinggakan Allah menurunkan peringatan kepada hambanya. Namun, ada segelintir yang masih buta dengan peringatan ini. Mereka terus lalai dalam syurga dunia ciptaan musuh mereka sendiri.

Kelalaian demi kelalaian tidak menampakkan mereka dengan kebenaran. Kebenaran di hadapan mata dikaburi dengan kejahilan dunia. Mereka jahil, tapi mereka berlakon serba tahu. Terkadang aku juga begitu. Aku sedar aku juga tiada sempurna. Aku sedar aku juga sering tersasar. Aku sedar aku juga seringkali alpa.

Aku sedar aku terlalu meletakkan dunia di hati. Akhirat ku letakkan di tepi. Allahu Rabbi. Keji, sungguh aku keji. Hidup di bumi ciptaan Ilahi, tanpa ada rasa bersalah pada diri. Jahat sungguh diri ini.

Aku menangis sendiri.....

Pengembara dunia yang menghampiri pengakhirannya.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu