Program Santapan Rohani



7-8 Februari 2013. Program Santapan Rohani Pelajar Tingkatan 6 Atas SMKAH. Suatu memori yang akan tersemat indah dalam ingatan aku. Sangat indah. Cekidaut !

5.30 petang.
Aya mai ambik aku dekat rumah. Kami terus bertolak ke sekolah by Motosikal milik Aya jugak. Kurang 2 minit kami dah sampai ke sekolah. Naik ke kelas, letak barang-2. Turun ke surau, solat asar. Makan malam, nasik ayam masak merah. Yummy !

7.30 malam.
Solat maghrib berjemaah. Budak-2 pompuan sibok-2 nak usha tuan punya alunan Azan hari tu. Tau ler dia COMEL pon. LOL -.-''. Baca Yassin, solat Isyak. Naik atas.

9.30 malam.
Turun ke dewan al-Farabi. Cabutan undi giliran Nasyid dan Azan.

10.00 malam.
Pertandingan bermula. Peserta Azan pertama. Diikuti dengan peserta Azan yang kedua. Persembahan nasyid kumpulan pertama dari 6A4. Best taw depa ni menyanyi. Ya badrotim. lepas tu peserta Azan ketiga dan keempat. Persembahan nasyid kumpulan kedua dari kelas 6A3.
Lepas tu peserta alunan Azan yang kelima dan keenam. Persembahan nasyid dari kumpulan ketiga dari kelas 6A2. Then, peserta Azan yang ketujuh dan lapan. Lepas tu tiba masanya persembahan nasyid yang terakhir dari kelas 6A1. Kelas aku lah tu :)

12.00 tengah malam.
Semua pelaar diminta tidur. Tutup lampu! Cepat-2! Berangan lah nak tidoq awai kalau dah berkumpul reramai tuh. -.-'' Lebih kurang pukul 2 pagi baqu qeti nak tidoq. Haish.

3.30 pagi.
Bangun. Siap-2 nak turun ke dewan buat Qiam.

6.20 pagi.
Solat subuh. Tazkirah Subuh. Makan-2. Then Balik ! :D

Ehhh, Wait! Did I miss Something? :/
Ahhh. Siapa yang menang Pertandingan Nasyid & Azan eh?

Mesti lah kumpulan yang terakhir buat persembahan Nasyid tu ! Hehe. Alhamdulillah. Azan pon menang dekat kelas kami jugak. Tahniah! :3 Kami 'konker' malam tu. *Cehhh :P

 Kalau hampa nak tau, 5 minit sebelum buat persembahan. Barulah nak practise buat music background untuk lagu Assubhubada. APAKAH? boleh jadi jugak kan? Dah la haqi tu jugak last minit budak laki nak join Nasyid. Grrrr !
Sememangnya hari tu sangat lah Carca Marba -.-''

Walau apa pun, Tuhan Maha Memberi. Kami menang tempat Pertama. Siapa yang sangka kan? Mati-2 kami ingat dapat tempat Terakhir. Tapi Alhamdulillah :)

Kemenangan itu tak penting, Semangat bekerjasama itu yang penting.
Yes, sangat indah sampai tak terungkap oleh kata-2 mahupun penulisan.
Aku pon tak tau macam mana nak cerita.
Bila teringat, macam-2 masalah yang kami hadap.
Tapi lastly we made IT !
Semua atas kehendak-Nya. :)

Percayalah, sesuatu yang tidak dijangka itu mungkin akan berlaku. 
Kita tak tahu untuk meramal masa hadapan.
Biarlah ALLAH yang tentukan.

TAHNIAH ANAK BUAH KU. HAHA
AKU SIMPAN KENANGAN INI SAMPAI AKU MATI INSYAALLAH :)

Wassalam :')

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu