Sekolah Dah Tamat

Assalamualaikum warga beloger.

Bertemu lagi kita setelah sekian lama tidak meng'updated' entry. Sumpah malas gila nak menaip -_-
Ni pun ada sakhi bakhi kerajinan yang tertinggal masa setadi untuk final exam untuk final sem.
Jyeahhh. Final dah baq hang.

Dan secara rasminya bermula dari tarikh 25 November 2013 bersamaan hari Isnin, aku sudah tidak lagi bergelar budak sekolah. Pffft. Skema sangat :D



Sedih baq hang nak tinggai sekolah, cececey :3
Betul ni tak tipu, tau la aku pernah rasa masa form 5 nak tunggu result SPM dulu. Hoho.

Yeahh, sepanjang 13 tahun bergelar budak sekolah, banyak kenangan pahit manis tawar masin masam dan seangkatan dengannya yang aku dapat.Kenangan masa Form 5 dan Form 6 yg selalu nak ingat sangat tu :D

Tapi kenangan masa Form 6 yg paling tak akan dilupakan, yelah, benda baru lalui baq hang. Hoho.
Indah sebenarnya Form 6 nih. Kekekeke~
Banyak kenangan yang aku dapat.
Mana kalut dengan nak setadi *sangat*
Kalut dengan PBS.
Kalut nak handle yg nu nak handle yg ni.
Banyak qeja qupanya Form 6 ni.
Nasib baik jawatan aku tak besaq. Kekeke~

Kalau nak cerita memang lambat nak habeh wooo.
Yang pasti, aku akan merindui zaman persekolahan. Sesiapa pun akan rasa benda yang sama kan? Cuma tinggal ego ja nak mengaku ke tidak. xD

Hmmm :'(
Nanti mesti aku rindu masa dalam kelas,
Rindu nak dengaq cikgu beletiaq,
Rindu nak dengaq cikgu perli-perli,
Rindu nak buat cikgu kelas sebelah marah sebab hingaq,
Rindu kena panggil dengan cikgu pastu kena marah depan kelas lain sebab kelas hingaq -_- *sedih baq hang*
Rindu nak dengaq kawan-kawan buat hingaq,
Rindu pembentangan kelas,
Rindu tempat duduk aku yg sentiasa kat belakang,
Rindu nak dengaq Ain dengan Aya potpet,
Rindu dengan Datin Dib menyanyi lagu ''sejujurnya aa  aaa ...ku tak bisaaa  aaa aa''
Rindu nak dengaq Mazni dangan Mida cakap laju-laju.
Rindu nak tengok Running Man sama-sama
Rindu nak sembang merapu-merapu pasai laki masing-masing *2pm depa la*

Rindu wey Rindu,
Jangan sampai aku menyanyi lagu Rindukanlah, sobs TT,.TT

Semua kenangan tu mana boleh nak dibeli,
Aku harap aku tak kena amnesia nanti.
School is the best place to create a memory

So, adik-adik luar sana *bajet macam ada orang baca belog aku* jang sia-siakan zaman persekolahan tau, Sampai satu masa tu nanti, mesti hampa rasa nak balik sekolah balik. Percayalah. Hoho

*terasa macam nak balik zaman sekolah rendah pulaks, Tak ada masalah, main ja qeja. Wohoooo!*
Adiosa!

Sori andai kata penulisan entry ni berserabut -_- lama sangat kot tak menulis, tak pun aku memang tak ada bakat meulis. Pffttt.. -_-

Wassalam. :')


Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu