Hari Interaksi SKJR USM - Hiking ke Monkey Beach




Alhamdulillah, merasa juga diri ni nak hiking.

Bismillahirrahmanirrahim
 



Hari Ahad bersamaan 25 Oktober 2015, satu program di bawah Sekretariat Keselamatan Jalan Raya Universiti Sains Malaysia (SKJR USM), Kampus Induk telah berjaya dilaksanakan. Program Hari Interaksi bersama SKJR yang di arahkan oleh pengarah projek merangkap ex-cubemate aku Nur Amira Abu Zaki berjalan dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah. Walaupun tiga hari sebelum tu USM dapat cuti disebabkan jerebu yang teruk masyaAllah, akhirnya hari Ahad tu berjaya juga laksakan program tanpa perlu ditangguh. Fuhh lega beb lega…

Alhamdulillah, cuaca pagi Ahad tu menyenangkan, tak hujan, jerebu pun kurang. Segalanya Allah permudahkan. Perjalanan bermula daripada USM dengan menaiki bas menujuk ke Taman Negara, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke sana. *Kalau aku tipu hampa percaya ja lah* Sampai di Taman Negara, kami telah menyantap dengan roti Impitz. Tenkiu impit. xD


Omnomnomnom.. Dap em.

View daripada Taman Negara

Sukanya depa.


Tak aci geng ni p naik bot. Pengarah Projek pun!

Sebelum Hiking eloklah buat aktiviti memanaskan badan dulu. Nanti kang kejang otot-otot yang ada tu. 

1 2 3 4 5 6 7 8....

 Now, lets hiking to the destination!

Apa-apa hal pukul gambar dulu. Hahah.

Hang tengok tu. Comey kan monyet tu...?
Ha, dekat sini bermulanya simpang-simpang perjalanan yang hendak ditujui. Peh, ayat aku macam apa ja. xD Untuk ke Monkey Beach kita akan ambil laluan di sebelah kanan ya. Kanan itu lebih afdhol. Hahaha.


Lepas ambil laluan sebelah kanan itulah bermulanya perjalanan yang sebenar. Haa gitu~ Naik bukit turun bukit naik lagi turun lagi naik turun naik turun bla bla bla....


Sambil panjat bukit sambil kita pukul gambar. Tapi kamera bukan aku yang pegang pun. Tenkiu kepada Epiaq yang bila dia pegang kamera tu dia takleh nak lepaih dah. Aku tau hang lepas gian. Lol. xD xD

View tak berapa cun sebab jerebu. Ni semua salah ...... Takda lah, ni Allah punya perancangan. *senyum*

Berehat seketika di... entah lah mana...

YDP SKJR dengan.. anak-2 dia. Lulz.

Teruskan pemanjatan. Muka banyak Happy maaa~
Yeahhh! Sikit lagi. Kemon bebeh..

Akhirnya, sampai jugak kat Pantai Monyet ni. Fuhh, *lap peluh*

Dah sampai ke destinasi dalam pukul 11 pagi macam tu. Ada lah dekat dua jam kami hiking. Alhamdulillah selamat sampai. Lepas sampai rehat sat lepas tu kita teruskan program main-main kat tepi pantai. Lulz. Harap hampa enjoy la dengan aktiviti yang AJK aktiviti ni buat. Walaupun macam krik-krik ja aktiviti kami tu. Kami mintak maap noh. Kah!

Omnomnomnom...
Lepas habis aktiviti kita berBBQ, kita bermandi-manda. Oh nikmatnya. TTvTT.
Kojiaq depa-depa ni main lempaq-2 orang dalam laut!
Dah.. aku malas nak letak gambaq banyak-banyak. 300+ kot. Hang qasa? Berat blog ja. Haha. Sapa nak gambaq boleh PM. Haha. So, untuk pengalaman hiking aku yang pertama ni tersangat lah ohsem. Aku enjoy walaupun penat. Penat tu terbayar dengan keindahan ciptaan Allah yang Maha Agung. Syukur aku diberi peluang untuk lihat keagungan Allah.
Terima kasih semua. ^_^

Lots of LOVE~

Sekian terima kasih sudi membaca. Ok bye~

Comments

Popular posts from this blog

Kerjaya Lepasan Ekonomi STPM

Warkah Cinta