antara persahabatan dan keegoan



''Tuhan, tunjukkanlah jalan
untuk menempuhi dugaan ini
teman maafkan jika ku
melukakanmu,

Aku tidakkan berdaya
menahan hibanya rasa
kau pergi meninggalkan
diriku...
Redalah apa terjadi mungkin ada
rahmat yang tersembunyi....''


Assalamualaikum readers . Malam ni Iza tergerak hati nak berceloteh antara persahabatan dan keegoan.

Bagi Iza menjaga persahabatan itu amat penting. Sebab kalau tak ada sahabat susah jugak kan hidup kita? Macam-2 yang kita boleh kongsi dengan sahabat. Sahabat ni berbeza definasinya dengan kawan(pendapat Iza je lah). Bagi Iza sahabat suatu perkara yang amat mulia dan kekal insyaAllah :D .

Antara persahabatan dengan keegoan. Korang pilih mana satu? Kalau ikotkan ego yang melambung tinggi tu memang susah. Tapi untung kalau dapat sahabat yang faham perangai kita yang ego tinggi tak kena tempat. Hehe. Iza buat entry ni bukan nak 'tembak' sesiapa okeyh. Just ini pendapat Iza sahaja! =)

So, korang buatlah pilihan antara ego dan sahabat...

*arghhh...aku tak berapa faham apa yang aku cuba nak sampaikan ni. HAHA Xp


Wahai Sahabat

aku berfikir sejenak,
apakah khilafku padanya,
aku buntu memikirkan perkara ini cuma,
tanpa ku sedari mataku berkaca,

Wahai sahabat,
mengenalimu umpama menemui sebutir mutiara di lautan dalam,
sinar cahayanya menyuluh segala isi lautan,

Wahai sahabat,
tanpamu ku lemah,
tanpamu ku kesunyian,
tanpamu ku kesedihan,

Wahai sahabat,
payungilah daku dengan kekuatanmu,
payungilah daku dengan kehadiranmu,
payungilah daku dengan keceriaanmu,
kerna tanpamu aku tenggelam,

Wahai sahabat,
akan ku ukir namamu di mutiara hatiku,
agar tak hilang jasa baikmu,
wahai sahabat,
akan ku ukir namamu di permukaan air,
agar tak terlihat segala kekhilafanmu,


Puisi yang di atas khas Iza tujukan kat kawan-2 and readers semua. *walaupun kawan dah baca ni. Hehe.  Memang tak menarik pon puisi ni Xp

Okey lah. Nanti Iza post lagi entry. Bye-2 then.
Assalamualaikum semua =)


Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu