1 Ramadan 1436H

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni dah start puasa untuk tahun 2015. Agak sayu lah sebab first time ni berpuasa dekat tempat orang. Sayu lagi bila sahur makan megi ja. Bhahaha. TTvTT Awal kemain bangun pukul empat. Kalau dekat rumah ni mahu pukul 5 baru bangun. Kohkoh. 

Bagun pagi, masak air nak buat megi, terus tak tidur. Study sikit-sikit sebab esoknya nak exam paper pengajian Islam. Matilahnak bila aku taktau aku boleh jawap ke tidak esok ni. Sebab dalam kepala otak ni terasa kosong memanjang. Ya Allah, sedih sungguh kisah hidup hang Zati. TT_TT

Dah bosan study yang tak berapa minit tu, bangun dari meja study kemas bilik segala perkakas yang tinggal. Yelah, lagi empat hari ja nak tinggalkan bumi USM ni. Eksaited mengemas segala benda. Alhamdulillah, taklah bosan sangat bila dok mengemas tu. Kohkoh.

Pukul 12 aku tidur. Sunnah kan? Tapi tu lah, kalau dan tidoq ni memang terlajak laris lah tidoq tu. Hilang sunnah kalau tidoq berejam-jam macam tu. Bhahahaha. xD

Lepas tu, pukul 5.30 turun ke kafe, cari makan. Alhamdulillah dapat makan nasi tomato hari ni. Esok tak tahu lah lagi nak berbuka dengan apa pulak. Malam ni na sahur dengan apa pulak tak tahu lah. Dengan megi juga barangkali.

Okay, itulah kegiatan sehari berpuasa hari ni. Haram tak ohsem pun kan? Tak ada life langsung. Habeh menarik pun jamu burung makan biskut kat luaq tingkap. LOL! Okay bye~

Aku malas nak pusing gambar ni. By the way dalam pelas tu ayaq teh ais. Lol~

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu