kucing pelik

Assalamualaikum. Hai-hai. Hm. Kucing pelik? Apa yang peliknya? Ha, meh sini nak cerita sikit. Ada la sekor kucing ni. Warna putih tompok hitam, ekor panjang. Dah nampak agak tua dah kucing tu pun. Kami baru ja perasan kucing tu. Rasanya ada orang buang dia dekat kampung Kami.

Apa yang menyebabkan dia jadi kucing pelik bagi Kami ialah (::) Tiap-tiap petang Kami mesti nampak dia lalu depan rumah Kami. Tiap-tiap petang ja kucing pelik tu mesti pi dok bertenggek dekat tepi sungai dekat rumah Kami. Apa yang dia tunggu pun Kami taktau la. Acik Kami(my brother) kata kucing tu tunggu kekasih dia yang dah disumpah menjadi ikan (!) HAHA (!) Merapu ja Acik Kami tu.

Kami ada la pi usha dia kat tepi sungai tu. Tengok apa yang dia dok buat. Tapi dia tak buat apa-apa pon. Macam manusia termenung tunggu laki balik dari laut pulak. HUHU. So bertitik tolak dari situ, Kami pun terima konklusi Acik Kami tu. Walaupun merapu. HEHE (!)

Okay lah, sampai sini dulu coretan Kami okay? Jumpa lagi. Bye. Assalam.



p/s :: Hampa semua rasa pelik tak? HUHU. Serius Kami rasa pelik tau, Hehe. Gambar kucing pelik tu tak ada la. Tak sempat nak snap. Hehe

comel lah (!) meowww (!)

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu