Autumn Di Hatiku

Hola-2! Autumn Di Hatiku! Siapa tengok cerita ni? Baru ditayangkan 3/7/2013 bersamaan hari Rabu di TONTON. First saya tengok Iklan dekat TV and dalam hati cakap, ''hmmm, macam menarik ja cerita ni'' So, saya pon decide untuk tengok cerita ni walaupun line connection semput toksah cakap. -__-''
Baru tgok Eposide 1. Tak lama pon, dalam 4 minit ja. :D

Well, nak taw tak cerita tentang apa? Okay, meh kita baca sinopsis pendek sikit. :)

"Autumn di Hatiku berkisarkan tentang Nina, yang bekerja di sebuah kedai kek dam merupakan peminat fanatik K-pop. Nina hidup dalam dunia K-popnya yang tersendiri; tampil seperti gaya seorang aktres Korea lengkap dengan solekan serta fesyen rambut mengikut gaya bintang kegemarannya. Kemunculan Park Au Tum atau dikenali sebagai Autumn telah mengubah segalanya. Kehadiran Autumn telah mencuri perhatian Nina. Tanpa pengetahuan sesiapa, Zidick turut menaruh perasaan terhadap Nina dalam pada masa yang sama Autumn mula menyedari kehadiran Nina. Adakan Nina akan menemui cinta sejatinya? Siapakan pilihan hatinya?"





Autumn Di Hatiku, dilakonkan oleh Hanez Suraya sebagai Nina, Aiman Hakim Ridza sebagai Zidick *apakepelik namanya tu. :3, btw pada siapa yg taktau, kakak Aiman Hakim ni femes dekat Korea taw. Muehehehe.* Ezzaty Abdullah sebagai Jaja *sama pulaks nama kita walau ejaannya berbeza :D*, Anas Ridzuan sebagai Kai dan last one Kim Jin Sung as a Autumn. Jyeahh, orang Korea gitu weyh. :3 Rupa pon boleh tahan lah. Not bad, and dia sememangnya orang Korea, tak tipu punya.

Kim Jin Sung (JS) berumur 27 tahun. Merupakan model. Namanya tak lah segah nama-2 pelakon korea atau Running Man cast dekat Korea sana. Ekekeke. Tapi boleh jadi nanti dia femes dekat Malaysia. Eheheh ~___~'' JS ni boleh cakap bahasa Malaysia okay. Dia tertarik sangat dengan bahasa Malaysia masa dia dengar kawan dia(org Korea jgk) cakap bahasa Melaysia. Dengan dorongan, support daripada pensyarah yg suruh dia dalami bhs kita ni, so dia pon belajar bahasa Melaysia selama satu tahun. Wohohohh.


JS

So, itu lah sedikit sebanyak pasal Autumn di Hatiku dan actor baru Kim Jin Sung. Harapnya takda la dia kena baling apa-2 nanti. Almaklum la kita ni kan Typical Minded. Tak boleh terima minat org lain langsung. Hihi. Korang yang Kpopers tu pon mohon jangan jadi melampau tahap langit sangat lah. Okay? Arasso? :)

Sekian sahaja dari saya.
Wassalam. ;")

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu