Rambut Gugur?


Assalamualaikum, Salam sejahtera guys :)

Gambar ihsan daripada Uncle Google


Ha, entry kali pasal rambut gugur. Anyone dekat sini ada masalah rambut gugur? Huhu. Sebab apa boleh jadi rambut gugur ni? Ha, rambut gugur ni jadi atas pelbagai faktor antaranya stress, hormon tak menentu, faktor pemakanan and banyak lagi lah. Kalau setakat gugur dua tiga helai tu sokay lagi, tapi kalau dah segenggam tu, aishh. Cepat-2 p berubat. Huhu.


Faktor Keguguran Rambut


Rambut gugur kerana hormon
 
Hormon seks wanita merangsang pertumbuhan rambut yang tebal. Selain estrogen, setiap wanita turut meneghasilkan androgen dalam jumlah yang sedikit. Tetapi androgen boleh dihasilkan dengan aktif sekiranya seseorang wanita itu berada di dalam keadaan tertekan. Dan ia boleh menjadi faktor masalah keguguran rambut. Untuk kes yang serius, pakar perubatan akan memberikan pil anti-androgen.  Untuk anda yang suka dengan cara yang lebih semula jadi, anda hanya perlu lebihkan rehat untuk mengurangkan stres.

Rambut gugur kerana produk

Sememangnya kita dilahirkan dengan rambut yang kuat. Tetapi masalah akan timbul sekiranya anda sering melunturkan warna rambut, kerap menggunakan produk penggaya rambut seperti melurus rambut atau mengeritingkan rambut. Ia mungkin tidak menyebabkan keguguran rambut dari akar tetapi akan menyebabkan rambut anda putus. Atasinya dengan menggunakan syampu yang betul, kurangkan mencuci serta hadkan penukaran warna dan stail rambut.


Rambut gugur kerana kurang vitamin

Pemakanan yang seimbang sangatlah penting untuk kesuburan rambut anda. Fakta ini mungkin klise, tapi itulah kenyataannya. Rambut di dalam keadaan sempurna sekiranya anda mengamalkan makanan berkhaisat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. Sekiranya sukar untuk anda patuhi arahan diet ini, ambillah makanan tambahan khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.

Sumber

So, here is some petua untuk hilangkan rambut gugur. *mak aku baru ajaq tadi sebab aku pon ada masalah ni. Sobs TT.TT

First, hampa kena ada buah Keras.

Gambar Ihsan daripada Uncle Google
Then, bakar buah keras sampai hitam melegam :D
Lepas tu tumbuk buah keras ni sampai hancuq lebuq :3
Seterusnya campurkan dengan minyak. Apa-2 minyak yang sesuai. Jangan hantam minyak Petrol sudah. HAHA!*okay tak lawak*
Saya guna minyak safi Zaiton plus Ros Hip.

Gambar Ihsan daripada Uncle Google


Akhir sekali boleh lah lumurkan dekat kulit kepala tuh okay.
Buat la dua kali seminggu ka, tiga kali seminggu ka. Suka hati. Bhahhaa xD


Sekian saja petua pada hari ini.
Selamat mencuba :D
Wassalam. :)

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu