Tempe?

Gambar ihsan daripada Google


Tempe? Ya, ya, ya. Kita bercakap pasal tempe hari ni. Apa itu tempe? Tempe ni sejenis makanan yang berasal daripada kacang soya yang telah difermentasikan menggunakan ragi tempe. Katanya tempe ni asal daripada Jawa. Tak kisah lah. Untuk pengetahuan anda, tempe ni sangat banyak khasiatnya.

Antaranya ialah:

1. Kandungan Protein yang sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi  cirit-birit.
2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi pengidap sakit jantung.
4. Membaiki masalah  anemia.
5. Anti infeksi. Hasil penyelidikan menunjukkan bahwa tempe mengandung senyawa anti baktirea yang diproduksi oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang bermanfaat meminimunkan kejadian infeksi.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak jenuh ganda pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
8. Mencegah masalah gizi ganda (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi maupun degeneratif.
9. Mencegah timbulnya hipertensi.
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.


Selain itu, tempe ni rasanya sedap tau. Bagi saya lah. Dulu saya memang tak makan tempe ni sebab nampak macam pelik ja. Tapi bila dah try sekali *taktau macam mana boleh tertry tu* rasa nak lagi, sedap sangat. Saya suka kalau tempe digoreng kunyit ja, lepas tu letak bawang, memang saya meratah cenggitu ja. Hoho. Siapa kata orang utara tak pandai makan tempe, Wahahaha. Cuba la pada yang tak pernah cuba tu. Tak rugi pun, khasiat pon banyak, dah terbukti oleh kajian pun. :D ,Aummm, tempe tempe tempe :3


Gambar ihsan daripada Google

Sekian saja dari Miss Simple,
Wassalam :)

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu