Berjalan Tanpa Henti


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti
 
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
 
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
 
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
 
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamu'alaikum wbt sahabat yang saya kasih. Moga sentiasa berada dalam rahmatNya. In Shaa Allah. :)
Alhamdulillah, entry yang ketiga untuk bulan ni. ^o^

Bait-bait di atas saya petik daripada lagu Berjalan Tanpa Henti by Devotees. Saya suka lagu ni. Terima kasih lah pada seorang sahabat yang share lagu ni. Syukran, nanti saya belanja eskrem. Hihi. XP
Boleh klik SINI kalau nak dengar lagu ni.

Lagu ni best tahu. Pada pendapat saya lagu ni mengajar seseorang insan untuk tidak berputus asa terhadap segala ujian yang menimpanya. Lagu ini mengajar insan untuk terus berjalan mara kehadapan. Mengajar manusia agar tidak mengalah dengan ujian Allah.

Sahabat, Allah menguji kerana Dia sayang kita sebagai hambaNya. Percayalah. Bersabarlah dengan segala ujian yang menimpa. Macam ayat ni, "Malang yang menimpa duka yang melara. Mungkin di baliknya ada bahagia." Siapa tahu? Semuanya kehendak Allah. Allah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang kita perlu. Senyumlah sentiasa.

"Allah tak pernah zalim. Dia sentiasa memberikan yang terbaik sesuai dengan usaha." Ayat ni saya petik dari buku Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu. So, setiap apa yang berlaku ada sebabnya. Hanya Allah yang tahu. Kita sebagai makhlukNya perlu sentiasa berusaha dalam kehidupan. In Shaa Alla, kita akan dapat ganjaran yang setimpal.

Ingat. Allah tak pernah zalim dengan makhluknya. In Shaa Allah, sama-sama kita kuatkan semangat dalam menempuh segala ujian yang menimpa. :')

Segala kekhilafan dalam entry ni harap dimaafkan.
Wassalam. :)


Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu