Harta VS Ilmu

Bismillah.
Assalamualaikum
Ini post kedua untuk hari ini dan bulan ini.
Okay, Saya nak kongsi sikit ilmu pengetahuan yang saya dapat dari seorang sahabat berkenaan dengan Harta vs Ilmu. InsyaAllah.

Rasulullah pernah bersabda: "Aku adalah kota ilmu pengetahuan, sedangkan Ali adalah pintunya."
Oleh kerana kemahsyuran ilmu yang dimiliki oleh Saidina Ali, maka ramailah yang mahu mengujinya. Pada suatu hari, sepuluh orang ulama telah datang menemui Saidina Ali, dan secara bergilir mereka mengajukan pertanyaan yang sama.

"Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?"
Sepuluh jawapan Saidina Ali ialah.

1. ILMU lebih utama kerana ilmu adalah pusaka para Nabi, sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan Fir'aun.
2. ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjaga kamu, sedangkan harta, engkaulah yang harus memeliharanya.
3.  ILMU lebih utama kerana harta boleh menyediakan diri kita dikelilingi musuh, sedangkan ilmu akan menjadikan engkau mempunyai banyak sahabat.
4. ILMU lebih utama kerana harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan, sedangkan ilmu apabila dikeluarkan akan semakin bertambah.
5. ILMU lebih uataa kerana orang yang mempunyai banyak harta kadangkala dipanggil kedekut, sedangkan orang yang banyak ilmu selalu diberi gelaran dengan nama yang mulia dan megah.
6. ILMU lebih utama kerana orang yang punya harta akan dihisab pada hari kiamat, sedangkan orang yang punya ilmu pula diberi syafa'at pada hari kiamat.
7. ILMU lebih utama kerana ilmu membawa ketenangan dan cahaya, sedangkan harta menjadikan mereka berasa gusar.
8. ILMU lebih utama kerana harta semakin lama akan habis, sedangkan ilmu takkan habis walaupun tidak ditambah.
9. ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjadikan orang yang berlimu itu bersikap lemah lembut, sedangkan harta menjadikan mereka bersikap kasar.
10. ILMU lebih utama kerana orang yang berilmu tersauk ubudiyyah(pengabdian) yang diberikan pahala oleh Allah s.w.t, sedangkan orang yang berharta termasuk rubudiyyah(kekaburan).

Para ulama itu pun tercengang mendengar jawapan Saidina Ali yang berbeza-beza itu, walaupun pertanyaan mereka adalah sama. Maka kesepuluh ulama tersebut akhirnya mengakui kepandaian Saidina Ali, dan mereka menjadi lebih hormat lagi terhadap Ali berikutan ILMU uang dimiliki olehnya itu.

Oleh itu, bergurulah dengan orang yang berilmu kerana mereka ini tidak ramai, dan yang penting mursyid yang benar-benar ikhlas mengajar untuk meninggikan syiar Islam di muka bumi Allah swt ini. Wallahua'lam.





Ingat. Menuntut Ilmu itu wajib.
Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.
Ilmu itu sangat luas.
Semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak perkara yang kita tak tahu.
Kita bukan sekadar belajar dan menjadi pelajar ketika di sekolah.
Kita pelajar dan belajar setiap masa.

InsyaAllah. Sama-sama kita tuntut Ilmu.
Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu