Manusia dan Manusia




Manusia.
Manusia ciptaan Allah. Makhluk yang paling sempurna ciptaannya.
Makhluk paling sempurna kejadiannya.
Makhluk yang Allah jadikan khalifah di bumi.
Makhluk yang berakal.

Namun, manusia dan manusia.
Sesama manusia, apa mereka rasa?
Apa tindak tanduk sesama mereka?
Apa yang berlaku sesama mereka?
Apa yang mereka lakukan sesama mereka?

Manusia.
Sesama manusia. Tidak sempurna.
Banyak kelemahan.
Banyak kekurangan.
Manusia sesama manusia membenci.
Manusia sesama manusia menyukai.
Manusia sesama manusia hipokrit.

Manusia itu. Walau sebaik mana pun mereka, tetap ada manusia lain yang membenci.
Manusia paling sempurna sifatnya, Nabi Muhammad sekali pun ada yang membenci.

Manusia itu. Tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki oleh mereka.
Sifat yang biasa di dalam kehidupan manusia.

Manusia dan Manusia itu tidak pernah sempurna.
Walau Allah ciptakan Manusia itu makhuk paling sempurna.
Namun, manusia itu, makhluk paling lemah.

Manusia dan Manusia.
Jangan Sombong.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu