Cintaku kepadaMu. Cintaku kepadamu.


malu rasanya menyatakan cinta
kepada dia kekasih allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa

ku pujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
di dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang umat

selagi upaya kuturuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga di dunia mendapar berkat
di akhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadinya aku terpesona
kerana budinya aku jatuh cinta
rinduku padanya tiada terkata
nantikanlah daku di taman syurga

sesungguhnya apa yang ku dambakan
adalah cinta allah yang esa
kerana cinta kepada rasulullah
bererti cinta kepada allah



Allah. Bagaimana untuk aku zahirkan rasa Cintaku hanya kepadaMu?
Ya Rasul. Bagaimana pula untuk aku zahirkan rasa Cintaku kepada dirimu?

Adakah aku cinta dan rindu kepadaMu ya Allah.
Adakah aku cinta dan rindu kepadamu ya Rasulullah.

Dimana kesungguhan aku untuk aku membuktikan rasa cintaku juga ku tidak tahu.
Sungguh terkadang hati ini rasa kosong.
Hati ini menjerit.
Tapi jasad tidak tahu.
Jasad tidak mengerti.
Jasad berpura-pura tiada apa yang berlaku.
Jasad tidak bertindak menenangkan hati.
Hati meronta.
Hati jadi tak tenteram.
Jasad masih lagi kaku.

Allah. Allah. Allah.
Ingin sekali diri ini mengalirkan air mata hanya untukMu ya Allah.
Ingin sekali deraian air mata ini mengalir untukmu ya Rasulullah.


Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu