Hari ni Hari Guru

Assalamualaikum. Ini cerita kecil tentang aku dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dan yang aku masih ingat. Kira throwback zaman sekolah ah ni. Pertama, cerita tentang cikgu tadika aku yang masih lagi mengajar sehingga ke hari ini, Cikgu Siti Bashiroh. Cikgu Siti pada aku sangat baik walaupun dia garang. Pernah sekali tu aku kena rotan dengan 'roti panjang' *if you know what I mean* sebab aku tersangatlah buas bila mana cikgu mengajar di depan dan aku naik merangkak di atas meja and I don't know why I did that. Pffftt! Tapi cikgu gelak ja masa tu tengok kelaku tak semenggah aku ni. Dia acah-acah rotan ja pun sambil nak tergelak. Comel lah cikgu Siti. I Love You~ Sampai la ni pun aku teringat kisah tu sebab kelakor. Lulz~

Masuk sekolah rendah, aku dah jadi baik. Tak buas macam tadika dulu. Aku dah matang. Miahahaha. Masa aku darjah 1 ada seorang cikgu ni, nama beliau Cikgu Nazirah wich is my class teacher. Beliau tersangatlah baik, tak pernah marah dengan anak murid dia yang perangai macam Hantu. Almaklumlah duduk kelas yang agak terkebelakang, perangai pun macam apa entah. Sampai lah satu tahap cigu Nazirah kecik hati, dia merajuk, dia luah semua dengan anak murid dia. Aku ingat lagi, masa tu dia tutup semua pintu dengan tingkap kelas sebab dia nak luah apa yang dia rasa masa tu kat kami semua and then she's crying. Seriously, kami masa tu kecik lagi, mungkin tak faham apa benda yang cikgu cakap. Tapi, kami still terasa. So, lepas tu perangai kami dah agak senonoh sikit. Huhu~ Cikgu Nazirah, hati cikgu lembut sangat. Kami sayang cikgu. Terima kasih bagi kami coklat dulu. Hiks! I Love You~

Masa darjah 4 pula, aku dah naik kelas ke kelas paling depan. Pandai lah kononnya. Pffttt~ Ada seorang cikgu matematik ni namanya Cikgu Jamilah. Beliau ni memang garang. Well, taklah garang sangat~ Ada satu hari ni, kami tak jawab soalan matematik yang dia tanya dekat depan. Disebabkan selalu sangat kami buat perangai macam tu, sampai satu tahap ni dia merajuk dengan kami. Oh! Kenapa la ramai sangat cikgu yang merajuk dengan kami ni. Kohkoh. Die terus taknak mengajar untuk hari tu, dan terus angkat beg dan blah. Hmmm. Kesian cikgu, maafkan kami cikgu. Tsktsk~ Duduk esok tu hah engkau semua nak menjawab soalan matematik dia. Ngeheee~ Macam tu jugak lah bila naik darjah 5, cikgu bahasa Inggeris pulak merajuk dengan kami. Dah kenapa cikgu merajuk dengan kami ni. wuhuuu~ Yang ni aku tak ingat sangat kenapa. Bhahahaha. Btw, itu lah kenangan dengan cikgu-cikgu yang tak boleh nak dilupakan.

Masa sekolah rendah dulu, aku suka dengan cikgu Nadzir, entah lah kenapa. Mungkin sebab dia tu kelakar suka buat lawak dan hensem. Lulz~ Dia cikgu Sains, dia baik. dan suka denda student dia. Bhahaha! Ada lagi cikgu sains bernama Hafizuddin, haaaa. Cikgu ni garang, kalau dalam kelas orang tak bagi perhatian dekat dia memang makan roti panjang lah. Pernah sekali member sekelas bersembang dalam kelas dia, terus ditonyohnya dahi member aku tu dengan kapur tulis. Pehhh, seram meh. Nasib hang lah, sapa suruh menyembang. Hewhew.

Masuk sekolah menengah, benda yang paling diingati mestilah saat-saat didenda oleh cikgu-cikgu kesayangan. Haha. Sebab benda memalukan kita memang akan ingat sampai ke mati. Lulz~ Mari sini aku kompilasikan kejadian-kejadian dan saat-saat didenda oleh guru-guru kesayanganku. Yang pertama, masa tu form 1, kelas mula awal dalam pukul 12 tgh hari macam tu. Tapi entah kenapa dengan bebudak kelas aku ni boleh buat perngai p kelas lewat, at the end semua kena denda pusing dekat blok-blok budak lain sambil tangan diletakkan kat belakang kepala macam banduan. Hang rasa????? Hahahahaha. Kes seterusnya, dengan kelas kemahiran hidup. Hidup sungguh aku waktu tu bilamana aku asyik kena rotan dengan cikgu kemahiran hidup. padan muka! Sapa suruh pemalas, masuk kelas lewat. Tu lah makanan dia. Wahahaha! Itu je lah denda yang paling aku ingat sampai sekarang. Ada lagi actually, tapi malas nak menaip. Bab kena rotan tu lah paling best~

Aku sekolah tak stop sampai form 5, sebab aku sambung ambil STPM. Rezeki aku di STPM. Hoho. Masa form 6 aku rasa tak ada yang kena denda kot. Mungkin sekali, didenda dalam kelas sebab tak buat kerja yang disuruh. Aku antara yang didenda kena berdiri dalam kelas. Nasib baik dalam kelas. Kalau tidak malu baq hang dah tua kena denda lagi. Miahahahaha!

Masa form 6 ni lah kami hidup dalam keluarga dengan cikgu-cikgu. Bagi mereka-mereka yang peramah tu memang masuk lah dengan cikgu. Lepak-lepak dekat bilik guru, bersidai dekat koridor sesuka hati depa ja. Dan cikgu pun buat tak tahu ja. Kohkoh. Masa form 6 lah masa paling enjoy kot bilamana cikgu dengan student macam kawan-kawan ja. Sembang-sembang, gosip semua. *Takleh Blah* Kihkih~

So~ itu lah kot yang aku nak taip. Dah tak ada idea pulak nak taip apa. Kepada cikgu yang saya tak mention tu, cikgu semua tetap dihati saya. I Love all of You. Well, we'll see in the next entry okay? Kalau hadooo. K bye guys~ :*




Last But Not Least. Ucapan kecil saya kepada semua guru yang pernah mengajar saya. SELAMAT HARI GURU



Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu