My Father (Korean Movie)

Assalamualaikum.
Annyeonghaseyo. Bajet korea sikit pepagi buta ni. :D
Bukan apa, tadi ada tertengok satu movie korea.
Tajuk dia mcm kat atas tu. MY FATHER.



Bapak ah, Touching gila aku tengok cerita ni. Sobs~
Meh, aku sinopsiskan dia sikit.

Berkisahkan seorang lelaki Korea bernama James Parker yang dilahirkan di Korea tapi dibesarkan di US. Dia diambil sebagai anak angkat oleh satu keluarga omputeh. Satu hari, James cakap dengan family dia, dia nak cari mak ayah kandung dia. So, dia ambik keputusan join army.

Lepas dah sampai Korea, dia pun berusaha cari mak ayah dia. James asuk satu rancangan TV sebagai salah satu usaha untuk cari parents dia. Lepas enam bulan baru ada khabar berita.

Ayah kandung James merupakan seorang banduan yang menunggu hukuman mati dikenakan. Dalam masa tu, depa banyak luang asa sama-2. Tapi, yang sedihnya, bila James buat ujian DNA, dia dapat tau, tu bukan ayah kandung dia.

Itu lah dia sedikit sebanyak kisah My Father.
Cerita ni tak sedih sangat, pada mulanya.
Tapi, bila sampai ending. Meleleh air mata hamba.
Sebabnya, cerita ni diadaptasi dari kisah benar.
Tertanya-tanya, apa yang 'James' rasa masa dia dapat tau yang ayah kandung dia, bukanlah ayah kandung dia. Boleh bayangkan tak? Apa-apa pun, aku susah nak describe, sebab ending dia menyentuh sangat. Kena tengok sendiri. Huhu.

James Parker lakonan Daniel Philip Henney
Kisah benar seorang lelaki bernama Aaron Bates.

Boleh google untuk keterangan lanjut. Eheh.
Selamat menonton.
Kbai, Assalamualaikum. :)


Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu