Makanan Lewat Malam yang Menyihatkan

Assalamualaikum, Hai.
Best hari ni keluar p mengai(memancing) kat sungai. Dapat la empat ekor ikan. Haha. xD
Lama tak p mengai. Nikmat betoi jadi budak kampung :3

Okay-okay, sudah. Takdak kaitan dengan tajuk entry pun p mengai ikan. xD. Nak share something ni, tentang makanan lewat malam yang menyihatkan. Semua sedia maklum yang makan watu tengah malam buto ni memang tak menyihatkan. Kajian pun dah nyatakan sekiranya makan lewat malam akan mengundang pelbagai penyakit yang marbahaya, Teristimewanya penyakit jantung lah. Huhu.

Kajian juga ada mengatakan bahawasanya *amboih* seseorang yang berumur 30 tahun dan keatas mudah untuk diserang dengan pelbagai penyakit kronik macam kencing manis, jantung, darah tinggi dan macam-macam lagi yang serba kronik lah. Hal ini disebabkan oleh kadar metabolisme mereka untuk melawan penyakit yang semakin kurang. Tak macam budak-budak/remaja. Depa metabolisme tinggi sikit. *cewah*

Walaubagaimana pun, boleh nak makan tengah malam, bukan takboleh. Takkan lah nak biarkan perut tu berkeroncong untuk Ana kan? Huhu. So, dekat sini ada konklusinya. Kita cuma gantikan makanan yang berat/jajan kepada makanan yang lebih baik iaitu yang rendah kalori. Ini antara makanan yang boleh diambil masa perut tengah darurat *eh*

Buah-buahan segar
Sebaiknya makanlah buah-buahan di malam hari kerana makanan ringan seperti buah-buah elok dan sesuai untuk dijadikan santapan ketika lapar. Malah buah-buahan seperti epal, oren juga boleh dibuat jus. Rasanya yang segar dan menyihat mampu melancarkan sistem penghadaman dan sebagai antioksidan ketika tidur. Elakkan dari mengambil makanan yang berat seperti nasi dan roti canai kerana ianya mengambil masa untuk dihadam dan juga tidak membahayakan kesihatan anda. Kalau yang berdiet tu elok makan epal hijau waktu malam.

Yogurt dengan buah-buahan
Makanan sejuk yogurt mengandungi kandungan protein yang tinggi dan kandungan karbohidrat yang rendah. Selain menghilangkan rasa lapar, ia juga mampu mengelakkan insomnia ataupun kesukaran tidur pada waktu malam. Untuk proses antioksidan dan rasa yang lebih sedap, tambahkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi ataupun blueberri.Makanan ni juga sesuai untuk ibu-ibu mengandung.

Pisang
Pisang adalah makanan yang menyihatkan tubuh badan kerana ianya mengandungi karbohidrat kompleks yang memudahkan kita untuk tidur.Ianya juga menghasilkan dan meningkatkan kadar insulin yang mana membantu tubuh badan mendapat rehat yang mencukupi. Tambahan. Kandungan potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang juga terbukti berkesan untuk membantu otot berehat.

Roti gandum
Roti gandum kaya dengan sumber vitamin B kompleks, serat, vitamin E, zat besi, zink, asam folat dan antioksida. Bahkan ianya mempunyai karbohidrat kompleks yang membuatkan kita kenyang lebih lama. cukup sekadar makan sepotong sandwich bersama roti gandum serta sedikit salad dengan daging tanpa lemak mampu untuk membuat tidur anda lebih lena dan menyihatkan.

Coklat
Coklat dipercayai mengandungi pelbagai khasiat seperti antioksidan yang mana boleh membantu menurunkan tekanan darah bagi mereka yang mengidap penyakit darah tinggi (hipertensi). Namun begitu, kadar pengambilan haruslah tidak berlebihan kerana coklat sememangnya sedap tetapi tidak digalakkan untuk makan dalam kuantiti yang banyak.


So, apa macam? Boleh ikut amalan hidup gaya sihat begini? Haha. Malangnya majoriti akan memilih mee segera bila tiba waktu tengah malam. Sedangkan buah lagi mudah, tak payah masak, jimat masa, hanya capai, dan masukkan ke mulut sedikit demi sedikit. *cakapdepancermin*

Buat entry ni menyebabkan aku menelan liur beberapa kali. Terutamanya ketika mencari gambar-gambar berikut. Tiba-tiba perutku meronta-ronta meminta untuk dipenuhkan. *eh* Persetankan itu semua. Haha.

So, goodluck dengan menu makanan tengah malam anda!
Bye, Wassalam. :)

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu