Kesalahan merawat jerawat

Assalaualaikum. Hoi.
Fuhh, jerawat. Elok-elok cuti ja, banyak pula jerawat ni nak membiak. -_-
So, cuti-cuti ni kira jerawat je lah ek. -_-''

Kesimpulannya, entry kali ni pasal jerawat! Yeah! Tepuk tangan!





Jerawat ni semua orang ada. Ye tak? Banyak dengan tidak, teruk dengan tak teruk ja. Lepas naik jerawat tu, mula lah cari produk nak hilangkan. Kan kan kan? Heheh. Tak lupa juga ada yang suka memicit! Oh jyeahh! Mohon jangan picit depan orang okay? Jangan buat macam Bepop xD

Macam-macam alternatif yang depa ambik, cipta dan amalkan. Yang kadang-kadang tu macam tak ada efek pun. Makin teruk ada. Haish. So, dekat sini, hamba kongsikan sedikat dan tak sebanyak kesalahan hampa dan hamba dalam merawat jerawat. *eheh*


Sapu ubat gigi
Seperti yang diperkatakan tadi dengan meletakkan ubat gigi pada jerawat yang tumbuh itu boleh menghilangkan jerawat. Nah itu semua tidak benar, tetapi sebenanrya ubat gigi itu berfungsi lebih untuk memberi kesejukan pada wajah sahaja. Malah sebenarnya bahan-bahan yang terkandung dalam ubat gigi itu boleh menyebabkan kulit anda kemerahan dan seperti terbakar.

Perah limau atau lemon
Limau dan lemon adalah buah-buahan yang memang sedap untuk dimakan serta aromanya yang harum dan menyegarkan pasti menjadi tarikan. Namun kini ada sesetengah wanita mengamalkan cara yang salah untuk merawat jerawat kerana ketahuilah air perahan limau dan lemon itu terkandungnya asid yang agak tajam yang mana apabila terkena pada kulit ianya akan menyebabkan jerawat anda semakin gatal dan merah-merah.

Berjemur
Berjemur di tengah panas sememang dapat mengeluarkan segala kotoran yang ada di bawah kulit muka. Namun begitu, secara tidak langsung jerawat yang tumbuh itu juga akan meninggalkan kesan bintik hitam dan akhirnya akan membuatkan kulit wajah kamu semakin lain bahkan jerawat juga akan semakin merebak lagi.

Air putih telur dan hirisan tomato
Buah tomato memang tidak disangkal mempunyai khasiat dan baik untuk kulit kerana mengandungi vitamin A. Tetapi ia tidaklah terlalu berkesan untuk menghilangkan masalah jerawat di kulit anda dan petua menggunakan air putih telur juga tidak pratikal kerana mungkin sesetengah berjaya tetapi kesannya pada jangka masa panjang mungkin tidak berkekalan.
Jadi, itulah kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh penternak jerawat. Tapi aku tak pernah buat satu pun yang di atas. Sebab aku guna sabun cak kayu manis seja. HAHAHA!

Kbai, Wassalam. :D


Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu