Masker Oatmeal Bagus untuk Melembutkan Kulit Kaki

#promo : Yuna nak jumpa kauorang di U.S. Grab this a.s.a.p di SINI

Masker kaki sangat sesuai untuk wanita yang ingin memanjakan dan menghilangkan kesan rekahan pada bahagian kaki. Ianya sangat bagus untuk merendam dalam oatmeal yang menenangkan dan melembapkan.

Sesungguhnya, oat terkenal dengan keupayaannya untuk menyembuhkan dan menenangkan kulit kering yang sensitif, jadi masker kaki oatmeal yang digabungkan bersama dengan madu dan minyak zaitun ini benar-benar berkhasiat untuk kaki anda!




Bahan-bahan:

1 mangkuk besar
1 sudu besar
Bekas kecil dengan penutup
2 cawan oat
1 cawan tepung gandum
½ cawan madu
½ cawan minyak zaitun

Cara-cara:

1) Ambil 2 cawan oat, 1 cawan tepung gandum, ½ cawan madu dan ½ cawan minyak zaitun kemudian campurkan kesemuanya ke dalam mangkuk besar. Anda boleh menambah minyak pati pewangi seperti lavender, teh atau pudina ke dalam masker kaki jika anda mahu tambah aroma yang menyenangkan.

2) Gunakan sudu besar untuk menggaulkan kesemua bahan bersama-sama sehingga anda perolehi masker yang tidak terlalu cair tetapi berketul-ketul. Jika anda dapti campuran tersebut terlalu tebal, anda boleh tambahkan minyak sedikit atau sedikit oat.

3) Selepas siap semuanya, anda digalakkan untuk terus menggunakan masker kaki 'oatmeal' anda kerana berkemungkinan kualitinya akan rosak jika disimpan lama.

4) Sebelum menggunakan masker tersebut, anda haruslah mencuci kaki anda terlebih dahulu dan digalakkan untuk merendam kaki dalam air suam yang mengandungi soda penaik untuk bantu melembutkan kaki dan kulit. Ini kerana ia membantu untuk pengelupasan kulit mati pada kaki lebh mudah.

5) Pastikan kedua-dua belah kaki anda kering. Kemudian, sapukan masker pada permukaan kaki dan masukkan kaki ke dalam oven biarkan khasiat oat menyerap masuk ke dalam kulit selama 20 minit dan biarkannnya kering. Kemudian, bilas dengan air suam dan lap.

Tips ini akan membantu menyembuhkan kulit kaki yang kasar dalam masa yang singka. Untuk lebih efektif, gunakan krim kaki memastikan mereka dan lembap sepanjang hari anda serta untuk penyembuhan lebih cepat. Cubalah sekarang!

Comments

Popular posts from this blog

Bukit Merah Sahaja Mampu

Indahnya Cinta