Tips menggayakan skirt bermanik

Assalamualaikum. Hai.
I'm gonna to warn you about this post. Cewah
It's totally for girl only! Yeahh! Lelaki jangan coba. HAHA! Meh~
Happy Reading girls :)

Sesetengah wanita berpendapat bahawa menggayakan skirt yang bermanik menampakkan gaya lebih dari usia atau ia hanya sesuai digayakan pada waktu malam sahaja. Ubah persepsi anda dan lihat sendiri bagaimana anda boleh menggayakan skirt bermanik tanpa rasa serba salah. Kini anda boleh sahaja menggayak skirt bermanik ke pejabat, ke parti , majilis malah ke pusat beli-belah!



Lihat tips di bawah bagaimana cara menggayakan skirt bermanik

Looks old. Tapi boleh jadi Funky kalau pandai gayakan!
Pilih skirt anda
Skirt bermanik boleh di dapati dalam banyak rekaan, warna dan bentuk. Anda boleh sahaja memilih mana-mana rekaan. Bagi anda yang bertudung pula, jangan risau. Skirt bermanik labuh juga kini senang di dapati di pasaran.

Baju 'Plain' atau tidak bercorak
Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa jika skirt anda bermanik penuh, anda perlu memilih baju yang lebih 'plain' dan tidak banyak corak. Kami cadangkan anda memilih kemeja yang berfabrik lembut dan lebih kepada warna semula jadi. Anda boleh gayakan samaada secara 'tuck in' atau biarkan sahaja kemeja di luar tetapi gulungkan sedikit lengannya untuk menampakkan gaya yang lebih segar. Tapi, its better if you biarkan kemeja tu. Looks anggun apa. :D
Baju panas untuk gaya lebih keremajaan
Anda juga boleh menggayakan dengan cara yang lebih keremajaan dengan baju panas (sweater). Pilih baju panas yang bercorak sedikit untuk gaya lebih berani, tetapi jika anda mahu kekalkan gaya yang lebih klasik, anda boleh memilih baju panas yang lebih kurang sama warna dengan skirt dan tidak mempunyai banyak corak.

Aksesori dan tudung
Jangan memakai aksesori yang sarat. Pilih aksesori yang bersesuaian dan jika anda ingin menggayakan dengan anting-anting panjang, pilih anting-anting yang saiznya sederhana besar. Jika anda ingin menggayakan rantai, rantai mutiara panjang dan aksesori berwarna emas lembut amat sesuai. Bagi anda yang berhijab, pilih warna tudung yang sama dengan baju dan pastikan ia tidak berkilat dan penuh manik dan corak! Anda tentu tidak mahu nampak sarat bukan dan tumpuan pada skirt anda juga akan hilang.

Kasut
Peraturan pertama, anda perlu tahu kemana anda ingin pergi. Jangan pilih kasut yang sama berkilauan seperti skirt anda. Pilih kasut berwarna 'matte' seperti hitam atau coklat gelap dan ia lebih sesuai jika anda menggayakan dengan kasut jenis terbuka. Jika anda menggayakan dengan baju panas, kasut jenis Converse adalah pilihan terbaik.


Apa-apa masa berfesyen tu jaga aurat juga okay? Sambil berfesyen, aurat pun terjaga. Baru lah gorgeous. :)
Allah pun reda. In Shaa Allah.
Okay. Selamat mencuba!

Annyeong! Wassalam :)

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu