U-Kiss di Kedah!?


Assalamualaikum, Selamat pagi! :)
Hahha, Biaq betoi U-Kiss mai Kedah ni???!
Hampa percaya dak? Percaya dak?
Tak percaya? Tapi itulah kenyataan nya. Oh yeah. *takkisahsangatpunacctually* xD

15 Dis – Buat pertama kalinya Eupe Corporation Berhad, antara pemaju hartanah utama Malaysia yang beroperasi di utara tanah air bakal menganjurkan salah satu pesta muzik terbesar di rantau ini menerusi Pesta Muzik Planet Eupe yang berlangsung pada 1 Mac 2014.
Bakal diadakan di Taman Air Carnival Eupe, Cinta Sayang Resort pada jam 6 petang, festival muzik ini akan menggabungkan barisan artis tempatan dan antarabangsa selain turut menyaksikan pemilihan peserta dari Malaysia yang akan berentap untuk mewakili negara dalam Kejohanan Tarian Antarabangsa Hip-Hop yang diadakan di Amerika Syarikat.
Pesta Muzik Planet Eupe ini akan menampilkan kumpulan idola K-Pop popular dari Korea Selatan, U-KISS, bintang Mandopop tersohor, Wang Leehom, Yuna, bintang sensasi elektro pop dari Taiwan, Jeannie Hsieh selain menampilkan barisan penyanyi tempatan lain seperti Najwa Latif, Da.Mon.Ster, Kah Jun, Orange Tan dan Mint G.
Menurut Pengarah Urusan Eupe Corporation Berhad, Datuk Beh Huck Lee, acara hiburan terbesar ini mempunyai potensi untuk mengubah landskap budaya dan muzik di negara ini yang sehingga hari ini banyak tertumpu di ibu kota.
"Eupe Corporation Berhad sangat teruja untuk menjadi tuan rumah dalam temasya muzik terbesar yang pertama kalinya didakan di Kedah. Malah kami juga berminat untuk menjadikan ia sebagai satu festival muzik tahunan sekiranya pesta muzik yang berlangsung pada Mac tahun hadapan mendapat sambutan menggalakkan.

"Untuk mengadakan pesta muzik seperti ini yang dibarisi barisan artis antarabangsa dan tempatan membuat persembahan di utara tanah air bukanlah sesuatu yang mudah kerana semua maklum acara hiburan sebegini selalunya tertumpu di Kuala Lumpur sahaja, Namun kami juga berharap penonton dari seluruh Malaysia terutamanya dari negeri-negeri utara berdekatan akan datang menyaksikan konsert ini," ujar Beh yang ditemui pada sidang media Pesta Muzik Planet Eupe di Hotel Hilton Kuala Lumpur, pagi semalam.

Tambah Beh lagi, penganjuran festival muzik bertaraf dunia ini adalah salah satu cara Eupe Corporation Berhad menyatakan terima kasih kepada rakyat di utara Malaysia yang terus menyokong kejayaan mereka selama ini.
Ditanya tentang pemilihan artis yang akan membuat persembahan pada konsert tersebut, Beh mengakui nama besar seperti U-KISS, Wang Lee Hom, Jeannie Hsieh dan Yuna sudah cukup sebagai daya penarik untuk penonton hadir menyaksikan konsert tersebut.

"Kemunculan kumpulan idola kegilaan ramai dari Korea Selatan, U-KISS pastinya antara yang ditunggu-tunggu lebih-lebih lagi dikalangan remaja yang meminati muzik K-Pop. Wang Leehom pula adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan kerana beliau tersohor di peringkat antarabangsa dan sememangnya mempunyai peminat yang cukup besar di Malaysia," jelas Beh.

Tambah Beh lagi, pemilihan Yuna pula merupakan satu pilihan yang tepat. Bukan sahaja kerana pelantun lagu "Terukir Di Bintang" itu dilihat sebagai seorang penyanyi berbakat besar yang membawa karya muzik unik bahkan sebagai satu penghormatan kepada anak jati kelahiran Kedah itu yang semakin dikenali di Amerika Syarikat juga di serata dunia.
"Pencapaian Yuna dan kegigihannya dalam melebarkan sayap seninya ke persada antarabangsa menjadi kebanggaan rakyat negeri Kedah dan kehadirannya diharapkan dapat memberi inspirasi kepada penonton terutamanya dikalangan generasi muda."
Sejumlah 20,000 tiket untuk konsert ini akan dijual mulai 18 Disember ini. Tiket untuk menyaksikan konsert ini serendah RM90 (berdiri), RM190 (berdiri), RM290 (tempat duduk bernombor) dan RM390 (tempat duduk bernombor).
Tiket boleh didapati di Cinta Sayang Resort serta melalui laman sesawang Ticket Charge iaitu atau menghubungi 03-9222 8811 atau 04-6459 811.
Maklumat lanjut mengenai konsert boleh melayari www.planetEUPE.com dan www.facebook.com/PlanetEUPE.



Haa, la ni hampa percaya lagi ka dak? U-Kiss mai Malaysia. Paling penting depa mai Kedah baq hang!

Tapi, tak effect apa kat hamba pun. xD
Kalau LeeSSang mai Kedah takpa jugak.
KwangSoo ka.
Wakakaka. xD

Kbai. Annyeong!

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu