I Need Peace, I Need Love

Assalamualaikum.
Hari ni macam hari-hari yang biasa. Oh ya, hari biasa.
Pagi-pagi bangun Subuh, goreng kuih, tolong mak jual nasi lemak.
Tengah hari masak, petang tengok tv, FB, Twitter, Blog membawa sampai ke malam.

Aduhai, hidup yang sangat kosong.
Tiada pengisian.
Suram.

Di mana landasan aku yang sebenar?
Aku dah macam hilang arah tuju.
Terasa kesunyian.
Di mana silap aku?
Apa yang aku perlukan saat ini?
Ketenangan. Ya, aku memerlukan ketenangan.
Di mana perlu aku cari?
Di dalam diri? Di sudut hati?
Betullah,

Ketenangan itu perlu aku cari
ke dalam diri
Dengan cara dekatkan diri kepada Ilahi
Moga ketenangan yang dicari akan aku temui.

Allah, satu-satunaya tempat aku bergantung
Satu-satunya tempat yang bisa menenangkan diri.
Mengadulah diri kepadaNya.
Agar kau menjadi insan yang bertaqwa.

Cinta Allah aku harapkan.
Moa aku memiliki Cinta itu.
Ya Allah, kau izinkanlah aku.

I need peace, I need love.




Comments

Popular posts from this blog

Bukit Merah Sahaja Mampu

Indahnya Cinta