Solat! Jangan Malas!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum bloggers.

Entry kali ni khas untuk pembaca yang beragama Islam. Kita kongsi sikit-sikit la ye. Nak cerita pengalaman aku yang malas gila gila gila nak solat.
Tak dinafikan, ramai, termasuklah aku sendiri yang malas nak solat. Yes, I admit it. Padahal, solat ni senang sangat nak buat, bukan lama pun, habis sangat 5 minit. :)

 “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” Riwayat Al-Bukhari & Muslim


Okay, ni pengalaman aku masa kecik-kecik dan awal sekolah menengah dulu.
Dulu, masa sekolah rendah, memang mak abah tak paksa sangat anak pompuan dia yang sorang ni solat. Depa tak ada pun nak rotan-rotan bagai kalau tak solat ni. Sampai la satu masa tu, dalam umur aku 10 tahun rasanya. Abah mula paksa aku untuk solat Subuh. Sebab aku memang tak pernah buat solat Subuh pun selama aku hidup masa tu. Bukan tak pernah belajar pun -_- Kecik lagi la katakan. Huhu.

Abah aku siap ugut lagi, "Adik kalau tak sembahyang Subuh, abah tak hantaq adik pi sekolah sampai bila-bila" Lebih kurang macam tu lah ugutan abah. Fuhh, ugut takmau hantar pi sekolah, kalau budak-budak lain mesti syok. HAHA. Tapi, aku takut, so aku start solat Subuh masa tu. Haha. Ingat lagi hari pertama solat Subuh, doa Qunut tak baca. xD Jadinya sampai sekarang alhamdulillah aku tak tinggal solat Subuh melainkan mak tak gerak. Ehem. Kena mak gerak baru nak berjalan. Ekekeke. *malu-malu*

Bila solat Subuh dah berjaya kekal di sanubari, malangnya solat waktu lain pulak yang jadi masalahnya. Malas gila nak buat, memang malas. Nak-nak lagi waktu Asar dengan waktu Isyak. Taktau la pasaipa yang malas sangat. Allah ja yang tau. Huk-huk.

 Sanggup pulak tu menipu mak sendiri kata dah solat. Padahal haqam. Ish-ish. Masuk bilik air, basuh lengan sampai siku, ubun sikit, kaki, muka, okay dah. Masuk bilik, duduk buang 2 3 minit, pastu keluar. Masa tu tumpang solat bilik mak sebab guna telekung mak ja. Allah, teruknya perangai kecik-kecik dulu. TT,.TT

Sampai satu hari tu terkantoi dengan mak, mak tanya "Awat kain telekung tu tak berubah pun?" Haha, hambik hang. Sapa makan cili dia la yang rasa pedas. TT,.TT Lepas kes kantoi tu, aku dah jadi cerdik sikit. Masuk bilik, ambik telekung, ubah kedudukan bagi lain sikit dari asal (lepas mak guna) Perghhh. bagus taktik tu. Terbaik perangai. Allah. TT,.TT''

Sikap malas solat ni tak habis masa sekolah rendah ja. Sekolah menegah pun jadi jugak. Masa menengah rendah. Masa Form 1 dengan Form 2 sekolah sesi petang, so solat Zohor dengan Asar dekat sekolah. Tak jadi masalah sangat dah la nak solat Asar yang selama ni malas sangat tu. Huhu. Tapi bila waktu solat Isyak. Haaa, yang ni bahagian paling malas. Solat Isyak mesti tinggal punya lah. Almaklumlah, dah guna telekung sendiri, solat kat bilik sendiri. Makin menjadi la perangai 'baloq liat' tu. Macam ada suara yang dok bisik kat telinga ni. "Tak payah sembahyang la, tinggal sekali-sekala, takpa" Huk TT,.TT'' Hampa agak sapa la yang dok bisik -__-'' Syaiton syiaton....

Paling best tu, bila malas nak solat tu, aku paksa solat jugak. Tapi dengan tahap kelajuan yang maksima tak hingat. *aku tak tau la apa yg aku baca masa sembahyang tu* Tunggang tungging dah habeh. -_- Mesti syaiton tu dok gelak tengok aku. Puii, dia berjaya buat aku ikut telunjuk dia. Puii dia lagi. -_-

Tapi, lama-lama aku sedar sendiri. Dah banyak disogok dengan seksa kubur (abah pernah cerita kalau orang tak solat nanti kubur himpit sampai tulang bertemu) dan alhamdulillah hati aku ni memang mudah nak terima nasihat orang kot. Puii lagi. Haha. Aku paksa diri ni solat jugak walaupun berat sangat nak buat. Aku paksa, paksa dan terus paksa. Alhamdulillah aku mula start rajin sembahyang walaupun sifat malas tu masih ada,  aku buat jugak walaupun aku buat waktu solat sendiri *sembahyang lewat* Huhu~ Tapi takpa, pelan-pelan orang cakap. :D

Sampai lah sekarang,  Allah tak tarik hidayah, nikmat yang dia bagi kat aku ni. Alhamdulillah :)
So, itu lah sedikit sebanyak pengalaman aku sebagai seorang yang malas solat. 
Benda ni memang semua orang akan alaminya. Ya tak? 
Sebab kita anggap solat ni benda kecik, benda leceh. Padahal solat dulu la yang nak ditanya nanti.
Bukankah solat itu merupakan tiang agama? :)
Mulakan dengan paksaan, In Sha Allah, lama-lama nanti kita akan terbiasa.

Banyak sangat kelebihan solat. Tersangat. Takdak langsung keburukan pasal solat ni.
Paling best, kalau kita solat, Hati jadi tenang sangat. Allahuakbar. :D 

Banyak jugak lah kot azab kalau tak solat ni. TT.TT

So, kesimpulannya, jangan malas solat.

Perkara yang tak biasa kita buat, kalau kita paksa, mesti akan jadi suatu kebiasaan nanti. Sampai kita rasa lain macam bila kita tak buat.
Moh kita terai ubah sama-sama okay?

Wassalam. :) 


Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Cinta

Bukit Merah Sahaja Mampu