Indahnya Cinta
Semua yang berlaku tanpa aku sedari.
Hadirnya perasaan kasih itu entah bila. Saat aku dalam kesakitan menanggung
kepiluan dan kerinduaan kepada insan yang telah tiada, kau hadir tanpa aku duga.
Kehadiran dirimu tanpa ku sedari telah mengembalikan cahaya kegembiraan dalam
hidupku yang selama ini sering aku tangisi. Sebelum kau hadir dalam hidupku,
aku pernah rasakan apa itu bahagia saat diri ini mulai dicintai dan mencintai.
Namun, semua kebahagiaan itu hanya hadir untuk sementara cuma, dia, dia yang aku
sayang dan aku cinta telah pergi menghadap Ilahi buat selamanya. Ketika itu,
hidup aku terumbang ambing. Hanya tagisan yang sering menemani diri ini. Tetapi,
kehadiran dirimu yang dahulunya tidak aku sedari telah mengubah kehidupanku.
Aku kini mulai bahagia kembali.
Entah sejak bila kita mulai rapat, aku
juga tidak pasti. Semuanya berlaku terlalu pantas sehinggakan aku tidak dapat
mengingati bilakah kita mulai mengenali diri masing-masing dan aku masih
tertanya-tanya sehingga kini. Puas sudah aku cuba untuk mengingati tetapi aku tetap
gagal. Aku juga tertanya-tanya sejak bilakah kita mula berSMS ? Sungguh aku
tidak ingat dan apakah punca disebalik kita mulai berSMS itu. Sungguh otak ini
tidak dapat mengingatinya meskipun aku telah cuba mengimbasnya berulang kali.
Bermula daripada SMS yang pertama itu,
hari-hariku yang dahulunya sepi kini menjadi ceria kembali. Aku mulai rapat
dengan dirimu dan tanpa kusedari rasa kasih sedikit demi sedikit muncul untuk
dirimu. Tapi dalam masa yang sama, aku masih tidak mampu untuk melupakan kasih
lama yang teah pergi. Kekasih yang banyak berkorban untuk diriku, yang sentiasa
ada saat aku memerlukannya. Namun perkenalan yang hanya bertahan hampir 2 tahun
telah terputus setelah dia disahkan meninggal pada tanggal 5/7/2012. Ya dia
adalah cinta pertamaku, cinta yang susah untuk aku lupakan. Namun kehadiranmu
yang aku gelar Mr.A telah mengubah diri ini. Tapi semua itu tidak lama, kasih
yang mulai berputik dalam hati ini hancur begitu sahaja saat aku melihat dan
mengetahui kau sudah berpunya. Sungguh sakit hati ini, hancur segalanya. Sakit
yang aku rasakan jauh berbeza dengan sakit saat aku kehilangan kasih yang
kucintai yang aku gelar Mr.N.
Mulai saat itu, aku tidak lagi
menghubungimu kerana tidak mahu mengganggu hidup kau yang kian bahagia
bersamanya. Tapi aku tetap mencuri pandang ke arah mu setiap kali kita bertemu
ketika sama-sama belajar dalam satu kelas. Tapi aku tetap berpesan kepada hati,
jangan berharap pada mu kerana kau adalah hak si dia. Namun kuasa Allah tiada
siapa yang dapat menghalangnya. Suatu hari, kita sama-sama terpilih untuk
menyertai satu program ke sebuah negeri. Sungguh saat itu aku berasa amat
gembira. Tapi pada masa yang sama aku kecewa, kecewa kerana saat kita hendak
bertolak memulakan perjalanan, aku terserempak dengan kau dan si dia. Hanya
Allah yang tahu bertapa luluhnya sekeping hati yang mulai kembali bersinar.
Tapi kau telah hancurkan sinarnya kembali seperti dulu saat aku kehilangan kasihku
Mr.N. Namun aku cekalkan juga hati ini
agar tidak kecundang dihadapanmu. Bibir tetap mengukir senyuman di hadapan kau
dan si dia. Perkenalan kita hanya mampu bertahan selama sebulan dan aku sedar
hubungan ini akan berakhir. Segala kenangan aku simpan di dalam hati terutama
kenangan yang mana aku suka memberi kau coklat setiap hari saat kelas bermula.
Hmm..
Allahu akbar! Itu yang mampu aku
ucapkan saat aku mendengar berita kau dan dia telah putus. Yang paling
mengejutkan diri ini kalian putus selepas dua minggu kita pulang dari program
di negeri Terengganu. Sungguh hati aku jatuh kasihan melihat kau, aku tahu kau
amat sayangkan dia. Dia sangat sempurna dan istimewa bagimu, aku tahu itu. Tapi
aku pelik, kenapa kalian berpisah sedangkan aku melihat kemesraan kau dan dia
baik saja ketika di dalam kelas walaupun kemesraan itu hanya berlaku secara
kebetulan, itupun kerana si dia yang memperlihatkannya.
Setelah sebulan kau dan dia berpisah,
kau menghubungi aku kembali. Dan kali ini semuanya berbeza. Hati aku keras
buatmu, entah mengapa dan hati ku berbicara sendiri mngingatkan aku tentang
dirimu yang pernah kecewakan aku dan aku juga tahu kau masih sayangkan dia.
Namun aku tetap menerima dirimu kembali dalam hidupku sebagai seorang sahabat
sehinggalah beberapa bulan kemudian segalanya berubah. Kau mulai mengorak
langkah, menunjukkan kasih sayangmu yang mulai menggoyahkan benteng keegoan yang
telah aku bina.
Semua rakan-rakan yang rapat denganku
mulai membantu mu, ‘mempromosikan’ kebaikanmu pada aku. “Terimalah dia Nita” itu
ayat yang seringkali menembusi gegendang telinga aku. Tapi, ketika itu aku
dalam kekeliruan untuk menerimamu atau sebaliknya. Kepercayaan aku padamu
hilang saat hati aku hancur dahulu. Sungguh aku dalam dilema. Tanpa aku sedari
hati ini mulai menikamku dari belakang. Hati ini mula mengkhianati tuannya. Hati
ini kembali menyayangimu seperti dahulu bahkan rasa sayang itu semakin kuat
hari demi hari sehinggalah aku mulai menerima kasihmu dalam diam.
Kita berdua mulai rapat kembali,
setiap hari ada saja mesej yang kau hantar sampai aku letih, letih merindui
kau. Tapi kisah kita berbeza, berbeza
kerana bila di sekolah kita berdua seperti orang asing. Kau dan aku
masing-masing tidak bertegur sapa sehingga menimbulkan syak wasangka terhadap
rakan-rakan sekelas kita tambahan pula apabila mereka melihat aku ini ramah
dengan semua rakan sekelas kita baik dengan kawan lelaki mahupun perempuan tapi
bila dengan kau, aku jadi malu dan menjauh. Hanya gula-gula yang menjadi
penghubung kita di dalam kelas dan MMS ketika dirumah.
Namun, emua itu hanyalah sementara
saja, setelah peperiksaan STPM Penggal Kedua, kau mulai berbicara dengan aku
walaupun kadang-kadang. Kau mulai menciptakan memori yang sangat indah untuk
aku kenang kerana kita adalah pelajar tahun akhir yang akan berpisah pada
hujung tahun 2013. Kau mulai melayan aku dengan penuh kasih sayang dan
kenakalanmu menyentuh tangkai hati aku setiap hari. Bahagianya aku rasa. Masih
aku ingat saat kau merenungku di hadapan kawan-kawan, sungguh aku malu dan aku
mengalihkan pandangan dan berbual dengan rakan lain. “sweetnya kalian berdua” ,
itu lah ayat yang meniti di bibir kawan-kawan karibku.
Ya Allah, malunya! Tapi kau tetap tak
puas menyakat aku, hari-hari kau membuat aku berasa malu. Haish, sabar sajalah
duhai hati. Kemanjaan dan kenakalanmu semakin menghancurkan benteng keegoan yang
aku bina dan akhirnya benteng itu roboh sehingga menjadi abu. Kisah kita yang
lebih indah bermula saat ramai kawan-kawan telah mengetahui tentang kita dan
mulai menyakat. Kemana saja aku pergi, pasti akan disakat. Dan kau pula tak
habis-habis dengan sikap melayan saja apa yang mereka sakat. Geramnya aku, tapi
dalam geram terasa bahagia.
21.9.2013, tarikh yang penuh
bersejarah buat pelajar tahun akhir STPM di sekolah kita, kerana malam tersebut
berlangsungnya acara majlis Graduasi Pelajar Tahun Akhir STPM 2013. Malam itu
sangat bermakna buat aku, kerana pada malam itu kau dan aku berpakaian sedondon
sehingga menarik perhatian kawan-kawan dan guru-guru. Sungguh aku tak menyangka
akan berlaku hal itu. Malunya aku malam tersebut, semua rakan-rakan tak sudah
menyakat dan aku pula seperti biasa, tak lekang dengan senyuman melayan. Malam
itu sangat indah, kita makan dan berkongsi makanan bersama, bergambar bersama.
Banyak memori telah tercipta dan aku rasa takut dengan setiap memori yang kita
cipta bersama. Bila dikenangkan kembali setiap memori itu, aku mulai menangis,
menangis kerana takut untuk berpisah denganmu di hujung tahun dan kerana takut
sekirannya kau tinggalkan aku. Walapun kita telah berjanji tidak akan
tinggalkan satu sama lain tapi rasa takut itu tetap hadir.
Hari demi hari berlalu dengan pantas,
pelbagai kenangan telah tercipta dan kini telah sampai ke hujung tahun dan kita
telah berpisah. Rindunya aku padamu hanya Allah yang tahu. Hati ini meronta
ingin melihat senyummu dan matamu yang bercahaya itu, ya matamu bercahaya dan
cahaya itu sangat indah. Tak puas rasanya kalau tidak menatap mata itu walaupun sesaat.
Astaghfirulla al azim, istighfar aku dalam hati kerana takut rindu ini semakin
menenggelamkan aku. Tapi aku amat berharap agar dia tidak lagi membiarkan aku
merasai kembali sebuah kehilangan, kehilangan yang telah menarik semangat aku
secara tiba-tiba tanpa diduga.
“Ya Allah, dalam setiap sujudku, aku memohon
agar Engkau tetapkan dia sebagai jodoh ku di dunia dan di akhirat sana. Jangan
Engkau pisahkan kami Ya Allah, bantulah kami agar dapat membina sebuah mahligai
indah”, itulah doa dan impian aku bersama Mr.A. ya, setiap helaan nafasku, ku
mohon agar dia adalah jodoh ku kerana dia lain dari yang lain dan sangat
sempurna dimata aku dan dalam dirinya aku melihat ada rasa kasih dan sayang
buat aku. Dan kata-kata keramat, “aku sayang padamu” dan “jangan tinggalkan aku Nita” telah menjelaskannya. Sungguh hati ini terasa bahagia, dan semoga
kebahagiaan ini akan berterusan sehingga aku dan dia menjadi suami isteri dan
bersama hingga ke syurgaMu Ya Allah.. Amin.. J
Created by Miss J
aku taw ceqita ni
ReplyDeletebila hang mai baca ni. Haha~
ReplyDelete